Nuffnang Ads

Wednesday, 13 November 2013

PERBEZAAN KLINIK KESIHATAN DAN KLINIK 1 MALAYSIA

Klinik Kesihatan vs Klinik 1Malaysia

KLINIK 1MALAYSIA

Klinik 1Malaysia beroperasi setiap hari, tujuh hari seminggu dari pukul 10 pagi hingga 10 malam. Para petugasnya adalah jururawat terlatih dan penolong pegawai perubatan.

Klinik itu menyediakan khidmat rawatan perubatan kepada penduduk setempat.

Klinik 1Malaysia menyediakan perkhidmatan seperti:-

1) Menyediakan rawatan ringan seperti demam, batuk, selsema dan penyakit-penyakit ringan yang lain

2) Rawatan susulan kes penyakit kronik yang stabil dan terkawal seperti diabetis, darah tinggi dan asma

3) Prosedur rawatan ringan seperti mencuci luka dan membuka jahitan

4) Membuat notifikasi bagi penyakit berjangkit seperti demam denggi

5) Khidmat nasihat dan pendidikan kesihatan.

KLINIK KESIHATAN

Klinik kesihatan menyediakan perkhidmatan seperti:-

1) Kesihatan ibu mengandung dan kanak-kanak meliputi jagaan pra-natal dan selepas bersalin, imunisasi bagi kanak-kanak dan pemantauan perkembangan kanak-kanak

2) Perancang keluarga

3) Klinik Warga Sihat yang meliputi saringan untuk mengesan risiko-risiko penyakit seperti hyperlipidaemia dan pengukuran berat badan; saringan untuk mengesan penyakit kronik seperti diabetis dan darah tinggi; serta kaunseling makanan dan kaunseling untuk berhenti merokok

4) Pendidikan pemakanan dan kesihatan

5) Kesihatan warga tua

6) Kesihatan mental

7) Kesihatan remaja

No comments:

Post a Comment