Demam Denggi ialah penyakit akut(teruk) yang disebabkan oleh virus dan disebarkan
melalui gigitan nyamuk Aedes betina (vektor).
Nyamuk Aedes terdiri dari Aedes aegypti dan Aedes albopictus.
Denggi terbahagi kepada 2 jenis
i) Demam Denggi biasa (DD)
ii) Demam Denggi Berdarah atau Sindrom Renjatan Denggi (DDB/SRD)
Virus Denggi dari famili Flaviviridae.Terdiri dari 4 serotype iaitu Den1,Den2,Den3 dan
Den4.Kesemua serotype ini boleh menyebabkan DD dan DDB di Malaysia.
Virus denggi berkembang biak dalam badan nyamuk dan nyamuk yang mengandungi
virus mampu menjadi sumber jangkitan disepanjang hayatnya.
Virus ini juga boleh dipindahkan kepada telurnya.Proses ini disebut transmisi transovari.
Seekor nyamuk dewasa hasil dari telur ini akan mengandungi virus di dalam badannya
walau pun ia tidak pernah menggigit pesakit denggi sebelum ini.
TANDA-TANDA
Demam panas yang teruk secara mengejut dan berterusan.
Petekia (bintik-bintik merah pada kulit)
Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot,sendi-sendi, biji mata dan
kepala
Pesakit DD memerlukan pengawasan kerana ada kalanya mereka turut
mengalami pendarahan di hidung dan gusi serta kencing berdarah.
Pesakit DD perlu diawasi agar tidak berubah menjadi DDB/SRD.
DEMAM DENGGI BERDARAH
Empat tanda utama ialah pendarahan,demam panas,pembesaran hati
dan kegagalan sistem perdedaran darah.
Gejala yang mungkin terjadi ialah muntah-muntah,sakit kepala dan sakit
perut.
Tanda-tanda pendarahan ialah kelebaman di kulit,hidung berdarah,gusi
berdarah,petekia dan pemeriksaan darah menunjukkan berlaku trombo-
sitipenia,leukopenia dan peningkatan aras hematokrit.
Jika setelah beberapa hari demam,pesakit kelihatan semakin parah dan
menunjukkan gejala kegagalan sistem peredaran darah seperti kulit yang
lembab dan dingin,bibir yang lebam kebiruan,denyutan nadi yang cepat
tetapi lemah dan hipotensi menandakan berlakunya sindrom renjatan
denggi (SRD)
No comments:
Post a Comment