Penjagaan kesihatan kuku amatlah penting kerana kuku merupakan salah
satu anggota badan manusia yang amat sensitif. Jika tidak dijaga ianya
akan bermasalah dan mudah mendapat jangkitan penyakit seperti jangkitan fungus dan sebagainya.
Dewasa ini juga kita banyak mendengar wabak penyakit serius yang boleh membawa maut seperti penyakit kuku dan mulut, jadi amalan kebersihan amatlah penting dalam kehidupan seharian.
Disini adalah beberapa tips penjagaan kuku :
Selalu membersihkan kuku dengan merendam dalam air hangat
Membersihkan kuku dengan sabun lembut khas untuk kuku
Perlu kerap menggunakan pelembab
Selalu memotong kuku dan membuang bahagian yang tidak perlu
Harus minum banyak air
Petua menjaga dan mengelakkan kuku tercedera :
Elakkan mengorek sesuatu menggunakan kuku
Jangan memotong kuku hingga terlalu pendek
Elakkan menggaru dengan kuat
Elakkan juga selalu menukar pewarna kuku
Petua menghias kuku :
Bersihkan tangan dan kuku menggunakan sabun khas
Kuku disapukan losyen yang mengandungi vitamin c
Kemaskan kuku dengan menggunting lebihan kuku dan kulit di sekitar kuku
Licinkan permukaan kuku menggunakan alatan khas, gosok kuku dengan kain
untuk membuang habuk dan kotoran yang tertinggal
Mulakan menyapu pewarna bermula dari pangkal kuku hingga ke hujung dengan serata dan dibiarkan kering sendiri
No comments:
Post a Comment