1. JANGAN BERLAPAR
Makanan
memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa
yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar
'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar
metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada
kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun
tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi
metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar
kalori pada tahap yang sama lagi
2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah
kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak
merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan
rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam
perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.
3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air
mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan
memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang
berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.
4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.
5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan
garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan
pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini
bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.
6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda
juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi.
Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih
cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya.
Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula
di
dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.
7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah
makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita
makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan
kepuasan.
8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.
9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.
10. Jika anda terasa ingin makan
snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula
getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.
11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.
12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.
13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.
14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari
kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan
waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin
anda akan berputus asa untuk berdiet
15. Ambil makanan yang berempah
Sesetengah
rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori.
Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga
meningkatkan pembakaran lemak.
16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin
penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak
mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit
lemak.
17. Simpan Satu Diari
Simpan
satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat
badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak,
tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika
makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada
keinginan
makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal
pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda
kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih
fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan
anda
dan rajin-rajinlah membuat catatan.
18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus
Ramai
orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa
panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada
untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan
memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.
19. Cara memasak paling baik
untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang
atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan
sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau
lemak haiwan.
20. Ketika memilih piring makanan
, ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran
dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk
dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil.
Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di
sembarang tempat
apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin
banyak makanan ringan yang anda habiskan!
21. Selain memberi peluang makanan untuk turun
, kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan
sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu
kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja
semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja
terisi.
22. Khusus bagi kaum wanita ,
yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak.
Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah
perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan,
kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan
segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.
23. Untuk mengempiskan perut
, gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan
dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan
ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau
hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.
24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.
25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing
i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii.
Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik
tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv.
Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi
yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.
PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING
Berat yang Berlebihan
Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya.
26. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.
Caranya:
Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah
itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan
ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap
kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh
diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan,
berat badan anda akan beransur turun.
27. Ambil 3 sudu besar
serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air
perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu
sebelum sarapan dan sebelum tidur.
28. Jika anda mengalami
masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air
asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil
sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke
dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari
atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan
bertambah segar dan langsing.
29. Nak Turunkan Berat Badan
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu
30. Badan Langsing Selepas Bersalin
Untuk
mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut :
Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan
bilis.
Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan
makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu
dalam pantang.
31. Mengurangkan buncit
Bagi
lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua
ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di
perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati.
Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering
sehingga pagi.
32. Mengempiskan Perut
Petua
yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang
telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian
diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit
akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang
penyakit. Selamat mencuba
33. Kempiskan Perut Anda
Nak
kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan
kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam.
Insyaallah perut anda akan lebih menarik.
PETUA KECANTIKAN WAJAH
34. Menghilangkan Parut Jerawat
Mula-mula
ambilkan sedikit madu dicampurkan dengan bedak sejuk. Insyaallah petua
ini dapat menghilangkan jerawat yang kebanyakannya masalah ini dirasakan
oleh setiap wanita.
35. Menghilangkan Tahi Lalat
Asalammualaikum,
Caranya ialah ambil nenas dan limau purut yang telah dikisar, sapukan
di tempat tumbuhnya tahi lalat tersebut. Lakukan 2 atau 3 kali sehari
sehingga ia jatuh sendiri. Amalkannya selalu, Insyaallah akan mendapat
hasilnya segera. Saya pun sedang mengamalkannya sekarang. Selamat
mencuba!!
36. Bibir Merah Semulajadi
Petua
ini saya amalkan sejak 11 tahun lalu, memang berkesan..mudah saje,
sapukan sedikit mentega atau majerin pada bibir anda sebelum tidur.
amalkan setiap hari.
37. Melebatkan Bulu Kening
Setiap
wanita inginkan bulu kening yg cantik dan tersusun tanpa dicukur jadi
untuk menjadikan itu kenyataan cara-caranya ialah ambik daun lidah buaya
ramaskan hingga melekit dan sapukan dikening pada setiap malam.
38. Licin Berseri
Ambil
Yogurt Asli kemudian sapu pada keseluruhan bahagian muka. Buat seperti
masker..biarkan beberapa minit hingga yogurt tersebut kering kemudian
cuci muka dengan air bersih. Ulang setiap 3 kali seminggu anda akan
nampak hasilnya muka akan kelihatan licin, berseri, segar dan
mengelakkan daripada kulit muka kering.
39. Naikkan Seri Wajah/Muka
Setiap
kali sebelum anda ingin mendapatkan kelapa untuk santannya, jangan
dibuang air kelapa tersebut. Air kelapa tersebut boleh menyerikan wajah
anda. Mula-mula ambil air kelapa itu dan sapukan ke muka anda. Biarkan
sampai kering. Selepas itu, barulah basuh muka anda. InsyaAllah wajah
anda akan berseri dan parut di muka akan beransur hilang. Amalkanlah
selalu... ..
40. Mengelak Daripada Lebam di Bawah Mata
Semasa
kita menyapu krim atau foundation di muka... pada bahagian bawah mata
sapu krim sambil mengurut guna jari manis sebanyak 3 kali dan baca
selawat.
41. Menghilangkan Lebam Bawah Mata
Sebelum mandi pagi, lapkan mata anda dengan air sejuk dari peti sejuk..cuba lah..ianya juga baik untuk menyegarkan mata.
42. Melicinkan Wajah
Ambil buah tomato makan @sapu pada muka pada waktu pagi dan malam. Muka akan menjadi licin dan halus. selamat mencuba.
43. Memerahkan Bibir Yang Hitam
Bibir
yang hitam boleh kembali bertukar kepada warna merah. Caranya ambil 3
helai daun sirih, perah airnya yang berwarna merah kemudian sapu di
bibir pada waktu malam. Amalkannya selalu dan insyaallah apa yg anda
hajati akan menjadi.
44. Menghilangkan Lebam di Bibir
Untuk
menghilangkan atau mengurangkan lebam bibir akibat kesan merokok,
ambillah halia dan ditumbuk lumat sehingga mengeluarkan air dari halia
tadi. Amalkan menyapu kebibir anda setiap malam sebelum masuk tidur dan
biarkan ianya kering sendiri. Untuk melembabkan bibir juga, anda ambil
madu dan sapukan pada bibir anda setiap malam. Itulah yang saya malkan
selalu. Selamat mencuba.
45. Memerahkan Bibir
Saya
ada masalah tentang bibir saya yang hitam seolah-olah merokok. Ia tidak
seimbang dengan kulit saya yang kuning langsat. Bagaimana untuk saya
merahkan bibir saya secara semulajadi dan jika ada petua tradisional,
adakah ia mengambil masa yang lama? Saya juga tidak suka memakai
lipstik. Diharapkan ruangan ini dapat membantu saya sekian,terima kasih
46. Membentuk, Menghitamkan serta Melebatkan Bulu Kening
Caranya
mudah saja... ambil sebiji buah keras, bakar hingga hangus ( hitam ).
Dengan menggunakan sebatang lidi yang bersih, gosok/asah pada buah keras
tu. Kemudian sapukan pada kening dan bentuklah dengan sebaiknya.
Lakukan beberapa hari. Seelok-eloknya sapukan pada kening anak yang baru
lahir, Insya-Allah kening anak anda akan tumbuh dan berbentuk dengan
cepat dan cantik. Petua ini juga boleh diamalkan oleh sesiapa saja yang
inginkan kening cantik dan hitam. Selamat mencuba.
47. Naikkan Seri Wajah dan Otak Bijak
1.
Seri Wajah: Ambil sedikit air dan selawat sebanyak tiga kali dan
sapukan pada wajah lakukan pada tiap-tiap pagi insya'Allah wajah akan
kelihatan berseri-seri.
2. Otak menjadi bijak: masukkan sedikit garam dalam 1 gelas air dan minum pada setiap pagi insyaallah mujarab.
48. Mencantikkan Kulit Muka
Untuk jadikan kulit muka yang cantik, mestilah rajin mencuci.
1. Sapu muka dengan telur -merah/putih biar hingga kering
2.
Cuci muka dengan air suam dan sapukan limau nipis dan basuh sekali lagi
kemudian lapkan dgn tuala yg bersih.Lakukan sekali sehari insyaallah
kulit muka anda tidak ditumbuhi jerawat dan menegangkan kulit muka yang
kendur.
49. Menyerikan Wajah
Ambil,embun
pagi dihujung rumput/daun ( dikawasan yang tiada pencemaran ) dan
sapukan ditapak tangan.Kemudian sapukan di bahagian muka sambil
berselawat dan biarkan hingga kering. Kemudian basuh muka anda. Amalkan
selalu insyaallah.
50. Menghilangkan Hitam di Muka dan Jerawat
Ambil
kayu manis dan dicelup di dalam air lalu kikis di atas benda kesat
seperti batu.. sapukan kayu manis yang sudah dikikis di kawasan bintik-
bintik hitam dan jerawat.. Insyaallah jerawat dan bintik- bintik hitam
akan beransur hilang... tapi kena rajin mengamalkannya... Semoga anda
berjaya dan selamat mencuba.
51. Petua Awet Muda
Bangun
pagi dari tidur... minum air masak @ air kosong 3 gelas sebelum basuh
muka @ gosok gigi. Selepas itu barulah bersiap untuk mandi. Amalkan
selalu setiap pagi selepas bangun daripada tidur. Senang dan mudah. Cuba
dan lihatlah kesannya kerana saya telah mencubanya.
52. Muka Berseri
Bangun
pagi, sebelum air menyentuh mana2 anggota badan, gunakan jari telunjuk
dan rautkan menggunakan air bermula dari bawah muka hingga ke dahi
disertai dengan selawat. Buat sebanyak 3 kali. Amalkan setiap hari.
Insya ALLAH, wajah anda akan berseri2. Jangan rautkan dari atas ke
bawah, sebab ia akan menjadikan wajah cepat kedut. Dan jangan tinggal
solat serta baca Alquran dan berwirid.
53. Sentiasa Muda
Ramai
wanita yang ingin nampakmuda walaupun usia sudah mencecah sehingga 35
tahun. Petuanya mudah sahaja,apabila bangun dari tidur, ( jangan gosok
gigi ) minum segelas air suam beserta dengan selawat. Insyaallah umur 35
tahun pun masih kelihatan muda
54. Nampak Muda
Untuk
kelihatan sentiasa muda walaupun umur anda telah meningkat dewasa
amalkanlah selalu makan ulam kampung. Ia banyak memberi khasiat pada
tubuh badan kita. Dan anda juga digalakkan supaya selalu tersenyum
walaupun anda sedang menghadapi banyak masalah. Senyum adalah satu
sedekah. Selamat mencuba.
55. Sentiasa Awet Muda
Untuk
melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua saya
ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas
solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga
teguk sahaja. InsyaAllah wajah mu akan kelihatan muda daripada umur
sebenar anda. Itu je terima kasih.
56. Kulit Sentiasa Tegang
Basuh
muka dengan air. Ambil sebiji putih telor dan sapukan pada muka.
Kemudian ambil kapas muka dan letakan pada muka tadi seperti memakai
mask selepas itu sapu kembali putih telur tadi di atas kapas muka
sehingga basah,biar sehingga sehingga kering Kapas yang melekap di muka
akan menjadi seperti topeng muka apabila di buka nanti. Hasilnya kita
akan dapat lihat pada topeng itu terdapat headwhite dan kotoran yang
terdapat pada muka, amalkan sakali setiap minggu. Pasti wajah anda tidak
terdapat jerawat dan kulit akan putih dan lembut.
57. Muda Jelita Sentiasa
Setiap
wanita amat mementingkan kecantikan dan kesihatan diri. Amalan memakan
Ulam-Ulam yang segar dan Buah-buahan tempatan dapat membantu kita
mengekalkan Kesihatan dan akan kelihatan lebih Muda dari Usia Sebenar.
Ulam - ulaman yang saya maksudkan ialah Ulam Pegaga. Amalkan memakan
Ulam Pegaga selama beberapa Minggu dan anda akan lihat hasilnya. Ianya
juga memberi kesan yang Baik kepada kesihatan dalaman anda. Selamat
mencuba petua ini.
58. Wajah Jelita
Semasa
berdandan diwaktu pagi baca selawat nabi dikedua tapak tangan dan
raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkah wajah
seperti nabi Yusuf, jangan takbur bila petua ini berkesan dan sampaikan
kepada orang lain
59. Lentikkan dan Lebatkan Bulu Mata dan Kening
Ingin
kelihatan cantik , Gunakan Lendir pokok Lidah Buaya dan sapukan pada
bulu mata dan kening anda. Insyallah... ... lakukan berulang-kali untuk
mendapat hasil terbaik.
60. Memutihkan Kulit Muka
Ambil
sebatang timun batang diparut isi dalam nya dan campur bersama 1/2biji
asam limau nipis bersama bedak sejuk dipakai dimuka tiap tiap malam
insyaallah kulit muka akan jadi putih dan jerawat pun hilang.
61. Menghaluskan Kulit Muka
Petua
ini diberikan oleh guru saya iaitu En. Alias Hamdan. Caranya ialah anda
perlu dapatkan putik kelapa muda dan asahkan putik kelapa muda itu pada
batu. Kemudian ada lumurkanlah pada muka anda.
PETUA DAN KESIHATAN JANGKA PANJANG
Menurunkan Darah Tinggi
62. Minumlah air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita.
63. Minumlah air rebusan daun Pokok Ati-ati.
64. Makanlah biji buah Peria.
65. Makanlah pucuk Pokok Pala sebagai ulam.
66. Minumlah air rebusan Pokok Dukung Anak.
67. Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama nisbahnya.
68.
Rebus daun pandan wangi secukupnya dengan dua gelas air. Biarkan hingga
tinggal setengah gelas sahaja. Minum setiap pagi dan petang.
69. Makanlah 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya, bolehlah direbus.
70. Parutkan kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah dua sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.
Juga Untuk Menurunkan Darah Tinggi
Ambil
segenggam daun kucai, basuh bersih selepas itu masukkan kedalam mesin
bersama dengan sedikit gula batu yang telah dihancurkan. Mesin sehingga
lumat atau hancur ( jangan campur dengan air ) bagi mendapatkan patinya
sahaja. Masukkan kedalam bekas mangkuk atau cawan, selepas itu embunkan
sehingga pagi.Bila bangun pagi sebelum minum atau makan hendaklah
diminum air pati daun kucai serta dengan selawat 3 kali. Amalkan selama
tiga hari, selepas itu jumpalah doktor untuk buat pengesahan. Insyaalah
darah tinggi akan jadi normal.
Menghilangkan Kencing Manis
Hari
ini ramai dikalangan kita menghadapi masalah kencing manis tidak kira
tua atau muda, lebih-lebih lagi dengan pemakanan kita pada hari ini yang
semuanya manis-manis belaka. Jadi petua yang saya dapat ini agar dapat
kita kongsi bersama-sama. Caranya mudah sahaja, iaitu dapatkan ubi
kentang biasa rebus ( tanpa garam atau bakar menggunakan ( Oven )
apabila dah kira cukup masak hidangkan untuk dimakan ( sebelum tidur
atau makan sebelah malam ataupun sebelah pagi ). Rahsianya tentang ubi
kentang ialah ianya bersifat menyerap segala yang manis dan masin
berlebihan yang ada didalam badan. Contohnya apabila masakan seperti
kari anda terlalu masin, lalu ubi kentang dimasukkan kedalam kari tadi
dan hasilnya segala masin kari akan diserap oleh ubi kentang tersebut,
Dan kalau boleh petua ini amalkan selama dua atau tiga minggu anda akan
dapat perbezaan sekirannya anda menghadapi penyakit kencing manis dan
orang yang sihat pun boleh mencuba sebagai pencegahan awal.
Mengurangkan dan Menghilangkan Sakit Gastrik
Jika
anda kerap mengalami masalah gastrik ( pasti anda tidak mengambil
makanan mengikut jadual), amalkan makan tepat pada masanya, contoh :
jika makan tengahari anda pukul 12.00, begitu juga hendaknya pada
hari-hari berikutnya tanpa berlengah. Lama-kelamaan... insyallah
gastrik akan hilang... ia daripada pengalaman saya sendiri... kini
gastrik tiada lagi!
Tajamkan Penglihatan
Amalkan
hidup anda dengan meminum air suam setiap hari, mandi pada waktu subuh
iaitu sewaktu bangun tidur dengan siramkan air dari hujung kaki hingga
kepala. Makanlah buah-buahan seperti epal, anggur dan lobak putih serta
banyakkan melihat pemandangan yang jauh dan serba hijau seperti pokok,
dan selalu menghadap ke kiblat.
Melawaskan Kencing
Untuk
melawaskan kencing, ambil beberapa biji lobak putih campur dengan
batang kangkong bersama akarnya, direbus sekali. Selepas air itu menjadi
suam, amalkan meminum ayer itu. InsyaAllah sekiranya seseorang itu baru
hendak menjadi penyakit batu karang, ia akan memecahkan batu karang
tersebut. Sekiranya tidak ada penyakit, ia mencegah dari mendapat
penyakit batu karang.
Menurunkan Darah Tinggi
Untuk
cepat menurunkan darah tinggi ketika diserang darah tinggi. Pertama
buat dua rakaat solat hajat mohon pada Allah. Kedua ambil beberapa ulas
bawang putih, mesin jadikan jus dan ambil 6 titik jus tadi di masukkan
kedalan segelas air dan di minum 3 kali sehari, Insyaallah dengan izin
Allah, selamat mencuba.
Menghilangkan Sakit Kencing Manis
Jika
ada mengalami sakit kencing manis, sila ambil beberapa helai daun jarak
rebus sehingga mendidih dan bersanguhlah/bertengkumus ( bertengkumus
maksudnya berselubung ) selama setengah jam, sehingga badan berpeluh
pada setiap pagi iaitu sebelum matahari terbit. ( Semasa bersanguh /
bertengkumus atau berselubung mestilah tanpa memakai baju). Dan
amalkanlah selama satu bulan.
No comments:
Post a Comment