Nuffnang Ads

Monday, 2 December 2013

PUNCA JERAWAT 2 :)

Jerawat akan muncul bila minyak/sebum, bakteria dan sel kulit mati menyumbat liang roma pada kulit muka. Kebanyakkan si oily skin lebih berpotensi tinggi mendapat jerawat, tapi dengan mengikis tabiat buruk sedia ada (mungkin anda atau orang lain), jerawat dan kulit berminyak boleh diatasi. Jom kita tengok apakah tabiat tabiat buruk yang selalu kita dibuat (sedar atau tak sedar) :
1. Membersihkan muka terlalu kerap
Ramai yang lakukan ni! Dengan harapan kulit akan sentiasa kering dan jerawat cepat mati. Cara yang salah yang akan menjadikan kulit semakin berminyak/berjerawat. *Cuci muka (dengan cleanser) 2kali sudah mencukupi ; pagi dan sebelum tidur.
2-Menyental kulit dengan scrub
Berskrub dengan produk scrub yang terlalu kasar akan menyebabkan keadaan kulit semakin teruk keranaskin irritation. Sebetulnya ialah berscrub dilakukan 1-3kali seminggu, menggunakan scrub yang halus tekstur nya, diurut lembut ke muka, dan bilas dengan air suam.
3-Tidak membersihkan peluh
Penat bekerja atau membuat aktiviti berat menjadikan badan (termasuk muka) berpeluh2. Ingat, jangan biarkan peluh itu kering dan menyerap ke dalam kulit. Bersihkan muka dan mandi terus.
4-Picit jerawat
Ini sangat normal bila ada jerawat, tangan mula merayap nak memicit. Tabiat picit jerawat dengan kuku akan memburukkan keadaan kulit dan tinggalkan parut. Elakkan picit jerawat  dengan kuku, gunakan lotion jerawat, untuk kecutkan jerawat . Baca Cara Picit Jerawat Yang Betul.
5-Shampoo rambut yang meleleh ke muka
Bershampoo  tidak salah. Tetapi apabila shampoo rambut terkena muka, ia boleh membuatkan kulit berjerawat. Sebab shampoo mengandungi bahan pelembab/ minyak untuk melembutkan rambut. So,pastikan buih shampoo tidak terkena bahagian dahi dan muka.
6-Produk rambut hanya untuk rambut
Spray rambut, gel, mousse dan apa saja produk penjagaan rambut tidak seharusnya digunakan untuk kawasan muka. Ini bagi mengelakkan pori2 tersumbat oleh bahan yang terdapat dalam produk penjagaan rambut. Elakkan gel, spray, conditioner etc2 terkena kawasan muka.
7-Makan makanan berminyak
Greasy food boleh sebabkan kulit berjerawat dan berminyak semakin menjadi, muka semakin berminyak. Jom amalkan makanan diet yang sihat, kurangkan makanan berminyak.
8-Penggunaan kosmetik yang mengandungi minyak
Produk yang mengandungi minyak akan sebabkan kulit sukar sembuh dari jerawat dan semakin berminyak. Bila nak beli mekap, make sure beli yang oil-free dengan label non-acnegenic atau non-comedogenic utk mengelakkan jerawat.
9-Berhenti mengambil treatment untuk jerawat
Mengambil ubat dari pakar kulit untuk jerawat, itu 1 tindakan yang bagus. Tapi jangan sewenang2nya berhenti apabila jerawat dah sembuh. Untuk elakkan jerawat muncul semula, habiskan ubat mengikut prescription doctor atau amalkan supplement untuk dapatkan kulit yang sihat, bebas jerawat dan bebas minyak.
10-Menggunakan Whitening Skin Care
Ramai yang  kulit putih, tapi set pencerahan kulit adalah sangat tidak bersesuaian untuk kulit berjerawat. Dari segi bahan dan kandungannya membolehkan jerawat tidak sembuh, muka semakin berminyak dan berpotensi meninggalkan pigmentasi. So. kena guna set penjagaan kulit khas untuk kulit berminyak dan berjerawat. Before cerahkan kulit, atasi masalah kulit anda dahulu.
Kulit berminyak dan berjerawat,  boleh dirawat. Anda boleh miliki kulit yang cerah bersih, bebas minyak dan bebas jerawat insyaAllah. Dengan syarat:
  • anda memberikan masa untuk kulit anda menerima perubahan
  • Memilih produk yang bersesuaian dengan kulit jerawat
  • Tidak menggunakan kekerasan kepada kulit, tetapi belailah kulit anda
  • Minum lebih banyak air masak dan makan sayur dan buah-buahan

PUNCA-PUNCA JERAWAT

Jerawat adalah sejenis penyakit yang dianggap kronik di mana ia mengganggu kelenjar yang terdapat di dalam lapisan kulit. Kelenjar-kelenjar ini mengeluarkan minyak atau sebum yang berfungsi untuk meliputi kulit luar muka dan badan kita dan bertindak sebagai pelembap semula jadi pada permukaan kulit manusia. Namun begitu, apabila liang roma pada permukaan kulit anda tersumbat, ini akan membuatkan kulit muka, belakang dan leher ditumbuhi jerawat.
Kenali Punca-punca Jerawat
Secara lebih terperinci, jerawat membentuk apabila sebum, bakteria dan sel kulit mati tersangkut di dalam liang roma kulit. Lapisan kulit mati pada tubuh kita juga akan digugurkan (shedding) setiap hari dan boleh terperangkap dalam liang roma tersebut. Oleh itu, mari saya terangkan beberapa punca yang boleh menyebabkan tumbuhnya jerawat pada kulit muka, belakang badan dan juga kulit leher manusia.


Hormon dan Jerawat
Pada usia remaja, kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen. Sebab itu ramai di kalangan perempuan pada usia remaja dan awal dewasa kerap mengalami masalah jerawat.
Namun begitu, lama-kelamaan liang sebaceous akan menghasilkan sebum yang semakin berkurangan berbanding pada usia remaja.
Bakteria dan Jerawat
Bakteria yang dikenali dengan nama Propionibacterium acnes pula adalah salah satu bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit. Sumber makanannya ialah sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Orang yang berjerawat mempunyai Propionibacterium acnes yang lebih banyak berbanding dengan kulit orang yang tidak berjerawat.
Pemakanan dan Jerawat
Walaupun punca jerawat yang disebabkan oleh diet atau pemakanan tidak dapat dibuktikan dengan jelas serta secara terperinci, tetapi diet mempunyai kesan langsung terhadap tahap insulin dalam badan kita. Untuk pengetahuan anda, insulin adalah hormon terpenting manusia dan boleh mempengaruhi hormon-hormon lain di dalam tubuh termasuk hormon androgen yang turut menjadi penyebab pertumbuhan jerawat pada kulit muka, belakang dan leher pesakit.
Stress dan Jerawat
Stress boleh memburukkan lagi simptom jerawat anda tetapi ia boleh dicegah dengan rawatan jerawat yang betul. Tahap stress yang tinggi memang mampu memberi kesan ke atas jerawat dan boleh menyebabkan radang jerawat yang teruk. Selain itu, apabila kita dalam keadaan stress, adrenalin serta hormon androgen yang ada di dalam badan akan dikeluarkan dengan berlebihan dan menjadi punca berlakunya pertumbuhan jerawat.
Alat Solek Dan Jerawat
Sebenarnya alat solek bukanlah punca jerawat terbesar untuk kulit, tetapi jika anda tidak membersihkan kulit anda dengan baik selepas memakai alat solek, ia boleh memburukkan lagi keadaan jerawat pada kulit terutama muka anda.
Matahari Dan Jerawat
Cahaya matahari juga bukanlah penyebab utama masalah jerawat tetapi haba yang dihasilkan oleh matahari boleh menyebabkan kulit anda berpeluh dan berminyak sekaligus menyumbatkan liang roma.
Pakaian Dan Jerawat
Tidak ramai yang mengalami masalah ditumbuhi jerawat di belakang badan tetapi ia berlaku disebabkan oleh jenis pakaian yang dipakai terutama dalam iklim tropika seperti di Malaysia. Belakang badan mempunyai ribuan kelenjar dan liang roma yang boleh memerangkap sebum. Jangan malas mandi kerana kulit yang bersih boleh membebaskan anda dari belengu jerawat.
Sebenarnya ini adalah sebahagian sahaja daripada punca-punca yang boleh menyebabkan kulit anda ditumbuhi jerawat. Namun begitu, proses pertumbuhan jerawat adalah sangat kompleks dan dikatakan boleh wujud daripada banyak punca. Saya akan terangkan punca-punca jerawat dengan lebih lanjut dalam entri-entri yang akan datang agar anda dapat mengenali punca jerawat yang mungkin anda hidapi.

Monday, 25 November 2013

APA ITU SLE?


Systemic Lupus Erythematosus (SLE) adalah penyakit kronik auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyaknya. Protin darah yang dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang. Punca penyakit SLE tidak diketahui.
Sejarah
Lupus ialah perkataan Latin bagi serigala. Erythematosus bererti ruam merah. Pada tahun 1851, Dr. Cazenave telah menjumpai ruam merah di muka seorang pesakit yang kelihatan seperti gigitan serigala. Beliau telah menamakan ruam berkenaan Discord Lupus Erythematosus (DLE).
Pada tahun 1885, Sir William Osler telah mengenalpasti bahawa ramai orang yang mengidap lupus mempunyai penyakit yang bukan sahaja melibatkan kulit tetapi turut melibatkan organ dan sistem lain. Beliau telah menamakan penyakit tersebut Systemic Lupus Erythematosus (SLE).
Jenis-jenis Lupus
Discoid Lupus Erythematous (DLE)
  • Hanya melibatkan kulit
  • Jarang merebak ke organ lain
Systemic Lupus Erythematosus (SLE)
  • Boleh merebak ke organ lain
  • Boleh mengakibatkan kematian
Lupus Neonatal 
  • berlaku pada bayi yang baru dilahirkan oleh pengidap SLE
  • bayi ini akan mendapat radang kulit, masalah hati, dan masalah darah (low blood counts).
  • Gejala ini akan hilang sedikit demi sedikit dalam masa beberapa bulan.

Statistik
Lebih kurang 90% pengidap SLE adalah wanita sementara 10% adalah lelaki dan kanak-kanak.
Lebih kurang 90% wanita yang mengidap SLE berada di dalam lingkungan umur boleh hamil iaitu di antara 15 hingga 50 tahun.
Ratio pengidap SLE:
Di Barat, di kalangan Afro-Caribbeans – 1 dalam 250 –500 orang
Di Amerika Syarikat – 1 dalam 2,000 orang
Di negara China – 1 dalam 1,000 orang
Di Malaysia dianggarkan lebih daripada 10,000 orang telah disahkan mengidap SLE dalam jangka masa 30 tahun kebelakangan ini. Namun demikian, PSLEM percaya ada ramai lagi mereka yang mengidap SLE yang belum disahkan.

Ciri-ciri penyakit ialah:
  • Demam, keletihan, dan penurunan berat badan
  • Sakit dan bengkak sendi (arthritis) selama beberapa minggu
  • Tompok-tompok merah menyerupai kupu-kupu di pipi dan hidung
  • Tompok-tompok merah di kawasan kulit yang terdedah kepada sinaran matahari
  • Ulser di mulut dan hidung berlarutan lebih sebulan
  • Rambut gugur secara bertompok-tompok atau di sekeliling (hair line)
  • Sawan, strok dan gangguan mental
  • Risiko untuk mendapat darah beku
  • Kerap keguguran bayi
  • Darah atau protin dalam air kencing menunjukkan gangguan sistem buah pinggang
  • Bilangan sel darah putih atau sel darah merah rendah
 

SLE boleh menjejaskan organ-organ dalam tubuh seperti berikut



Buah pinggang
Keradangan buah pinggang (nephritis) mengurangkan keupayaan membuang bahan sisa toksin dalam air kencing. Pesakit yang mengalami gangguan buah pinggang biasanya tidak merasa sakit. Mereka mungkin hanya mengalami bengkak kaki. Ujian air kencing dan ujian darah boleh menunjukkan samada buah pinggang terjejas atau tidak. Untuk mengelak dari kerosakkan yang berlanjutan kepada buah pinggang rawatan ubat-ubatan yang intensif perlu diberi segera untuk mengekalkan fungsi buah pinggang.

Paru-paru
Sebilangan pesakit SLE mendapat pleuritis, iaitu keradangan lapisan paru-paru yang menyebabkan sakit dada atau sakit dada yang terasa semasa menarik nafas. Pesakit juga boleh mendapat kuman dalam paru-paru (pneumonia).
Sistem saraf
SLE boleh menjejaskan otak atau saraf. Pesakit akan mengadu sakit kepala, pening, cepat lupa, kabur penglihatan, sawan, strok, atau perubahan kelakuan.
Saluran darah
Keradangan saluran darah (vaskulitis) boleh melibatkan terganggunya pengaliran darah ke seluruh tubuh. Vaskulitis yang sederhana mungkin tidak memerlukan rawatan, tetapi sebaliknya vaskulitis yang teruk memerlukan rawatan segera.
Darah
Pesakit SLE mungkin mendapat kekurangan darah, kekurangan bilangan sel darah putih atau kekurangan bilangan platelet. Fungsi platelet dalam darah ialah membantu pembekuan. Sebilangan kecil pesakit SLE juga akan berisiko tinggi mengalami masalah perdarahan di mana darah cepat membeku.
Jantung
Pesakit SLE boleh mengalami sakit jantung iaitu keradangan pada tiga lapisan jantung: “perikaditis”, keradangan lapisan luar; “myokarditis”, keradangan bahagian tengah; dan “endokarditis”, keradangan bahagian dalam. Pesakit akan merasa sakit dada atau juga gejala lain. Pesakit SLE juga berisiko tinggi mendapat “arteriosclerosis” (pembuluh darah yang keras).

Thursday, 21 November 2013

MELANCONG KETIKA HAMIL

Melancong ketika hamil nyata berbeza dengan percutian biasa dilakukan sebelum ini.
Selain meraikan kegembiraan bakal menimang cahaya mata, bercuti ketika hamil sering dikatakan peluang terakhir untuk anda dan pasangan berdua-duaan sebelum memikul tanggungjawab sebagai ibu dan bapa. 

Melancong ketika hamil memberi ketenangan kepada si ibu, sekali gus memberi pengaruh baik kepada bayi dalam kandungan.
Namun, bagi ibu mengandung yang ingin bercuti, perancangan percutian yang lebih fleksibel amat dituntut.


Bercuti di dalam atau luar negara tetap memerlukan ketelitian dalam perancangan dan punya banyak perkara yang perlu dititikberatkan.


Tip melancong minggu ini mungkin dapat membantu anda bakal ibu yang ingin bercuti sambil merehatkan diri di destinasi idaman.


Berjumpa doktor anda

Lakukan pemeriksaan dan tanyalah doktor sama ada keadaan kehamilan memungkinkan anda bercuti. Bagi tahu doktor mengenai perjalanan yang dirancang dan minta dia membuat surat rujukan mengenai keadaan kandungan anda.

Dokumen itu boleh digunakan bila-bila masa sepanjang anda bercuti atau ketika menaiki kapal terbang.

Kehamilan bukanlah penghalang untuk anda menaiki kapal terbang, namun ramai yang risau. Justeru, tanya juga keadaan kandungan anda berkaitan dengan tekanan udara rendah atau tinggi saat menaiki kapal terbang.

Jangan lupa bawa buku kehamilan anda. Selain laporan doktor, buku itu sangat berguna jika anda mengalami sebarang masalah dan perlu pemeriksaan doktor.


Periksa penerbangan anda

Kebanyakan syarikat penerbangan menetapkan syarat-syarat penerbangan buat wanita hamil. Justeru, periksa kembali syarikat penerbangan anda untuk memastikan anda boleh mengikuti penerbangan itu.

Namun, kebanyakannya tidak membenarkan wanita hamil mengikuti penerbangan jika kandungan mencecah 35 minggu.

Bagi kehamilan antara 28 hingga 34 minggu, anda memerlukan surat pengesahan daripada doktor selain mengisi satu surat akuan.

Apa yang pasti, semua syarikat penerbangan tidak membenarkan wanita hamil pada bulan terakhir menaiki pesawat.


Perjalanan menggunakan kereta

Jika anda menaiki kereta saat bercuti, rancang perjalanan yang dekat dan singkat. Pastikan anda berhenti untuk mendapatkan rehat yang banyak dan melunjur kaki ketika berehat.

Jika perjalanan anda mengambil masa lebih empat jam, banyak kemungkinan yang boleh berlaku dan tidak baik untuk kesihatan.

Anda juga mungkin boleh mengalami kekejangan dan risiko lainnya. Justeru, pastikan anda berhenti berehat di sepanjang perjalanan.


Pengambilan vaksinasi perjalanan

Saat bercuti di luar negara, ramai yang tertanya-tanya adakah ketika hamil boleh mengambil vaksin perjalanan?

Doktor pasti tahu vaksin apa yang anda perlukan di negara yang dituju dan selamat diambil semasa hamil.

Namun, cara terbaik ialah jangan kunjungi negara di mana vaksinasi diperlukan semasa anda hamil.


5Jaga pemakanan
Walaupun tujuan anda bercuti adalah untuk bersantai dan meraikan keseronokan bakal bergelar ibu, banyak yang perlu anda fikir sepanjang bercuti terutama makanan.

Walaupun anda sedang bercuti, anda masih lagi boleh makan dengan baik dengan memperhatikan setiap zat makanan yang dimakan sepanjang bercuti.

Bawa banyak snek seperti buah-buahan kering dan kepingan bijirin dalam beg galas anda supaya anda tidak akan merasa loya atau hendak pitam jika lambat makan.

Hindari minuman berkarbonat dan makan makanan yang boleh membuang angin supaya anda akan sentiasa selesa sepanjang perjalanan.

Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mengelakkan sembelit serta meneruskan pengambilan makanan yang baik untuk anda dan juga bayi dalam kandungan.


Banyak minum air kosong
Adalah penting bagi anda mengelak daripada ternyahhidrat ketika hamil. Oleh itu, mengambil air kosong atau mineral sepanjang bercuti adalah sangat digalakkan.

Ini kerana, pengambilan air yang banyak dapat mengelakkan kekurangan badan dalam air terutama terlalu lama terkena penghawa dingin.

Selain itu, dengan meminum air kosong atau mineral yang banyak juga dapat membantu anda untuk lebih sihat dan ceria sepanjang percutian.


Pakaian yang sesuai
Memakai pakaian yang bersesuaian dengan destinasi yang dituju adalah perkara utama yang dititikberatkan semasa melancong.

Dengan itu, pakailah pakaian yang longgar, selesa dan dapat menyerap peluh dengan baik kerana anda akan lebih ceria serta selesa berkunjung ke mana-mana dengan pakaiana yang bersesuaian.

Kasut atau sandal yang digunakan juga perlu bersesuaian dengan keadaan anda yang sedang hamil dan elakkan menggunakan kasut tumit tinggi.

Kasut rata dengan sokongan untuk tulang belakang adalah pilihan kasut yang sangat tepat. Dengan kasut yang sesuai, anda boleh menikmati keindahan tempat yang dilawati dan sudah pasti kaki anda tidak kebas atau sakit.

Penggunaan sarung kaki khas yang dapat membantu pengaliran darah dari pergelangan kaki ke jantung dan paru-paru juga pasti menambahkan keselesaan anda sepanjang bercuti.


Aktiviti yang perlu dielakkan
Ketika hamil, banyak aktiviti menyeronokkan yang tidak sesuai dengan keadaan diri dan perlu dielak saat melancong.

Aktiviti yang boleh menyebabkan anda terjatuh seperti meluncur salji, menunggang kuda, luncur air, luncur angin dan mendaki perlu dielakkan.

Selam skuba dan sukan bertekanan perlu dielakkan kerana buih udara boleh terbentuk dalam salur darah anda dan disalurkan kepada bayi.

Selain itu, elakkan juga permainan “roller coaster” dan gelungsur air di taman tema. Pendaratan kuat dan kecepatan atau kelambatan secara tiba-tiba tidak baik untuk anda.

Baik juga anda lupakan sementara kolam air panas dan sauna kerana kepanasan yang keterlaluan tidak baik untuk bayi. Selamat bercuti!

KHASIAT SUSU KAMBING

Mungkin ramai yang tidak tahu terdapat pelbagai khasiat istimewa dalam susu kambing berbanding susu lembu.

Kajian mendapati kandungan nutrisi susu kambing adalah dua kali ganda lebih baik berbanding susu lembu biasa. 

Kandungan gizi itu ialah protein, vitamin B2, kalsium, inositol, vitamin C, zat besi, vitamin A, karbohidrat, vitamin D, sodium, asid folik, vitamin B12 dan potassium.

Manfaat daripada susu kambing
Menurut satu kajian Universiti Granada mendapati susu kambing lebih mudah dicerna dan sesuai untuk mereka yang alah dengan susu lembu.
Ini kerana susu kambing tidak mengandungi protein kompleks yang menjadi penyebab utama kepada alahan.

Molekul lemak susu kambing juga lebih halus dan hanya memerlukan 20 minit sahaja untuk dicerna berbanding susu lembu yang memerlukan lebih dua jam.

Faedah seterusnya adalah susu kambing boleh membantu penghidap demam ­kuning dan membantu ­pesakit anemia.

Susu kambing membantu pesakit anemia kerana ia mempunyai sifat pengaktif antibodi yang boleh merangsang penghasilan sel-sel darah merah.

Di kalangan orang Islam, susu kambing lebih afdal diminum kerana ia adalah sebahagian daripada sunah Nabi Muhammad s.a.w.

Kini, dengan gabungan makanan-makanan sunah lain, susu kambing memberikan manfaat yang baik untuk kesihatan dan kesejahteraan manusia.


Makanan untuk kecerdasan otak

Ginkgo Biloba adalah salah satu makanan yang ­terbaik untuk otak. Ia ­mampu meningkatkan pengaliran darah dan oksigen ke otak. 



Kajian mendapati dengan mengambil ginkgo biloba setiap hari, khasiatnya dapat meningkatkan aktiviti otak, menajamkan fikiran, menguatkan daya ingatan dan mengatasi masalah lupa.

Selain itu, kismis juga mempunyai khasiat yang lebih kurang sama. Ia kaya garam mineral dan vitamin seperti magnesium, kalsium, zat besi, vitamin B,C dan K yang baik untuk sistem saraf, otot dan memberikan tenaga.


Penawar kepada segala macam penyakit

Habbatus sauda sering ­digunakan dalam perubatan Islam kerana ia mengandungi khasiat yang mujarab. ­Seiring dengan hadis Nabi yang mengesyorkan umat Islam untuk mengamalkannya, ramai yang mengambilnya sebagai penawar kepada pel­bagai jenis penyakit.

Ini kerana habbatus sauda mampu meningkatkan sistem imunisasi badan dan mengurangkan keradangan dan pembentukan sel-sel ­tumor.


Khasiat dari gam arab

Gam Arab adalah gam semula jadi yang terhasil daripada getah pokok yang boleh dijumpai di Asia Barat dan Afrika.

Ia kaya dengan serat yang mampu menstabilkan masalah kontraksi usus kecil. ia juga mengurangkan masalah sembelit dan cirit-birit.


Buah delima yang kaya dengan antioksidan

Buah delima adalah buah yang berkhasiat dan baik ­untuk membantu menyihat­kan badan. Ia mengandungi bahan antioksidan (flavonoids) yang boleh melindungi sel kulit daripada kerosakan sel yang disebabkan oleh radikal bebas. Radikal bebas memusnahkan komponen selular penting yang menyebabkan sel kulit dihasilkan semula dan menyebabkan kulit nampak berusia dan kusam.


Kebaikan biji aprikot


 
Biji aprikot yang diambil daripada buah aprikot diketahui mengandungi vitamin B-17. Di Russia sejak tahun 1845, ekstrak biji aprikot telah lama digunakan sebagai remedi untuk mencegah kanser. Menurut kajian oleh Pertubuhan Kanser Amerika Syarikat, vitamin B-17 juga dapat mengurang­kan kadar tekanan darah ­tinggi dan membantu pesakit artritis.

Menikmati segelas susu kambing yang segar adalah sesuatu yang agak jangkal dilakukan suatu ketika dulu. Kini, semua telah mengetahui kelebihan yang terkandung di dalam susu kambing.

Dengan tambahan makanan-makanan lain seperti kismis, delima, gam arab, habbatus sauda dan biji aprikot, ia menjadi minuman kesihatan yang ­lengkap untuk seisi ­keluarga.

Monday, 18 November 2013

RINGKAS MENGENAI BANDAGE

Jenis teknik bandage:

a) Pusingan Spiral - untuk bahagian yg sama rata
b) Reverse spiral- untuk bahagian yg tak sama rata
c) Figure of 8 - bahagian sendi siku/lutut, membenarkan pergerakan.
d) Recurrent - untuk menutup bahagian distal badan, contoh: kepala, anggota yg kudung/hujung jari
e) Tringular
f) Stump

Prinsip bandage:

-nilai bahagian yang akan dibalut
-berdiri di hadapan pesakit (kecuali balutan kepala - berdiri di belakang)
-Ampu bahagian terlibat
-Balutan bermula dari bahagian bawah ke atas, dari dalam ke luar.
-Tidak longgar dan tidak ketat
-mula balutan dengan 2 lilitan awal
-Balutan mestilah menutupi 2/3 balutan awal (1/3 balutan nampak di bahagian luar & kekalkan keluasan 1/3)
-Akhiri dengan 2 lilitan di bahagian proksimal (dari distal ke proksimal)
-Sematkan pin @ plaster di bahagian atas hadapan yang telibat
-Dedahkan bahagian jari untuk periksa sirkulasi
-Tentukan keselesaaan pesakit tanya samada sakit atau ketat
-Mesti check 6P iaitu: pain, purse, pallor, parathesia, paralysis, puffiness.

Info tambahan:

1. Pain - where the pain located
2. Pulse - check the peripheral pulse
3. Pallor - observe clour and tmperature of the skin
4. Parethesia - injured area for increase or decrease of sensation
5. Paralysis - check the pts mobility
6. puffiness - tengok ada bengkak atau tidak di bahagian cedera.

Pembalut (Bandages): Terdapat berbagai-bagai jenis kain pembalut digunakan semasa menjalankan rawatan mangsa kemalangan. Antara jenis-jenis pembalut yang digunakan ialah:-
a) Pembalut tiga segi (triangular bandage).
b) Pembalut lebar (broad bandage).
c) Pembalut panjang (narrow bandage).
d) Pembalut gulung (rollar bandage).

Kegunaan Kain Pembalut:
a) Penetapan tuap (sling) supaya tidak bergerak.
b) Menetapkan pembebatan yang dilakukan.
c) Mengampu bahagian yang cedera.
d) Membantu menghentikan pendarahan.
e) Mengurangkan bengkak.

Thursday, 14 November 2013

ETIKA JURURAWAT

  •  i. Nurses And People
  •  - Tanggungjawab profesional jururawat ialah untuk memberi jagaan perawatan kepada orang lain
  • -Semasa memberi penjagaan , jururawat menghormati hak-hak manusia, nilai, adat dan kepercayaan rohani seseorang individu, keluarga dan masyarakat.
  • -Jururawat memberi penerangan yang mencukupi kepada pesakit supaya pesakit dapat memberi kebenaran tentang penjagaan dan membuat pemilihan rawatan.
  • -Jururawat mengekalkan kerahsiaan pesakit dan berkongsi maklumat ini dengan orang yang berkaitan atau berkenaan sahaja.
  • -Jururawat menjalankan tugasan atau mengambil tindakan untuk meningkatkan keperluan masyarakat.
  • -Jururawat juga bertanggungjawab untuk menentukan suasana yang selamat. Contoh : Elak pencemaran dan kerosakan.
  • ii. Nurse And Practise
  • -Jururawat bertanggungjawab ke atas amalan kejururawatan dan perlu mengekalkan kemahiran dengan pembelajaran berterusan.
  • -Jururawat perlu menjaga kesihatan diri supaya dapat memberi penjagaan yang sempurna.
  • -Jururawat perlu menerima/mengagihkan sesuatu tanggungjawab mengikut kemahiran individu.
  • -Pada setiap masa, jururawat mengekalkan standards dalam amalan harian untuk peningkatan imej profesion dan keyakinan orang ramai.
  • -Jururawat memastikan kegunaan alatan sains dan teknologi adalah berdasarkan kepada keselamatan dan menghormati hak- hak orang lain.
  •  iii. Nurse And Society
  • - Jururawat dan rakyat yang lain berkongsi tanggungjawab dalam pelaksanaan atau memberi sokongan untuk memenuhi keperluan kesihatan sosial orang awam. Contoh= kempen.
  •  iv. Nursing And Co-workers
  • -Jururawat mengekalkan perhubungan kerjasama dengan rakan sebaya dalam bidang kejururawatan dan bidang lain.
  • - Jururawat mangambil tindakan sewajarnya untuk melindungi individu apabila jagaannya terancam oleh rakan sebaya atau orang lain.
  • v. Nurse And Profession
  • -Jururawat memainkan peranan yang penting dalam implementasi standards dalam amalan klinikal pengurusan, kajian dan pendidikan.
  • -Jururawat meningkatkan pengetahuan melalui kajian.
  • -Jururawat memberi perkhidmatan melalui organisasi profesional dan memastikan suasana kerja yang sesuai dan selamat.

Suntikan: Intramuskular, Intradermal & Subkutanus

Objektif :
1. Memahami tujuan dan indikasi suntikan.
2.Memahami tindakan dan kesan sampingan suntikan.
3. Memahami abreviasi dan bentuk ubat suntikan.
Tujuan:
Memberi ubat secara suntikan kepada pesakit.
Indikasi suntikan:
Pesakit yang tidak sedarkan diri atau koma.
Masalah sistem penghadaman.
Ubat yang mudah dimusnahkan oleh jus gastrik - C pen & Insulin.

Kesan sampingan suntikan

Intramuskular
Alahan atau alergik.
Kecederaan salur darah dan saraf.
Sensitiviti.

Intradermal dan subkutanus.

Infeksi.
Kecederaan dermis.
Alahan.

Kontraindikasi.
Alahan ubat.
Hipersensitiviti.
Kerosakan pada tisu terlibat.
Thromboplebitis.

Bentuk ubat suntikan.
Ampoule (Cecair berminyak atau cecair biasa)
Vial (Tepung atau cecair)

Lokasi

IM -
Gluteus maximus (UOQ).
Vastus lateralis.
Deltoid.

SC - Bahu,paha, abdomen.

Intradermal - Diberi bertujuan untuk tujuan diagnostik.

Wednesday, 13 November 2013

PERBEZAAN KLINIK KESIHATAN DAN KLINIK 1 MALAYSIA

Klinik Kesihatan vs Klinik 1Malaysia

KLINIK 1MALAYSIA

Klinik 1Malaysia beroperasi setiap hari, tujuh hari seminggu dari pukul 10 pagi hingga 10 malam. Para petugasnya adalah jururawat terlatih dan penolong pegawai perubatan.

Klinik itu menyediakan khidmat rawatan perubatan kepada penduduk setempat.

Klinik 1Malaysia menyediakan perkhidmatan seperti:-

1) Menyediakan rawatan ringan seperti demam, batuk, selsema dan penyakit-penyakit ringan yang lain

2) Rawatan susulan kes penyakit kronik yang stabil dan terkawal seperti diabetis, darah tinggi dan asma

3) Prosedur rawatan ringan seperti mencuci luka dan membuka jahitan

4) Membuat notifikasi bagi penyakit berjangkit seperti demam denggi

5) Khidmat nasihat dan pendidikan kesihatan.

KLINIK KESIHATAN

Klinik kesihatan menyediakan perkhidmatan seperti:-

1) Kesihatan ibu mengandung dan kanak-kanak meliputi jagaan pra-natal dan selepas bersalin, imunisasi bagi kanak-kanak dan pemantauan perkembangan kanak-kanak

2) Perancang keluarga

3) Klinik Warga Sihat yang meliputi saringan untuk mengesan risiko-risiko penyakit seperti hyperlipidaemia dan pengukuran berat badan; saringan untuk mengesan penyakit kronik seperti diabetis dan darah tinggi; serta kaunseling makanan dan kaunseling untuk berhenti merokok

4) Pendidikan pemakanan dan kesihatan

5) Kesihatan warga tua

6) Kesihatan mental

7) Kesihatan remaja

PIRAMID MAKANAN TERBARU 2013!!


MAKSUD JERAWAT DI WAJAH ANDA

Ada setengah orang cakap jerawat ini menyusahkan dan memalukan bila sudah naik banyak-banyak di muka. Sampai ada yang sanggup tidak mahu keluar rumah bila muka berjerawat. Betul ke? Tapi jerawat tak boleh dibiarkan sebabkan kesannya sangat teruk.Tapi tahukah anda posisi jerawat boleh memberi petunjuk ataupun isyarat tentang kesihatan kita walaupun bukanlah secara menyeluruh? Menarik bukan? Jom teruskan membaca info dibawah.

Jerawat kat DAHI

Haba badan yang melampau serta peredaran darah yang tidak baik menjadi punca kepada naiknya jerawat kat dahi kita. Orang yang ada jerawat kat dahinya selalunya memiliki sifat panas baran.
Untuk menghindari, dinasihatkan supaya menjadikan amalan untuk tidur awal serta bangun awal. Selain itu pastikan dapat tidur yang cukup dan minum air banyak.

Jerawat kat HIDUNG

Kalau jerawat di batang hidung, ianya bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Jika ianya di hujung hidung mungkin disebabkan haba perut melampau dan sistem penghadaman yang tidak normal.
Dan jika di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi yang mempunyai masalah.

Jerawat kat DAGU

Kalau jerawat tumbuh di dagu pula, berkemungkinan fungsi buah pinggang telah terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Untuk kaum wanita yang mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

Jerawat kat PIPI

Jika jerawat tumbuh di pipi kiri, fungsi hati mungkin kurang lancar seperti dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah. Jika di sebelah pipi kanan, fungsi paru-paru berkemungkinan tidak normal.

Jerawat kat BADAN (Belakang dan Depan)

Bagi jerawat yang tumbuh di belakang atau depan badan ianya memberi petanda kemungkinan sistem perkumuhan bermasalah, seperti terkena sembelit. Dinasihatkan supaya mengamalkan pemakanan yang sihat bagi memastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.
Nampaknya ada yang terus menghadap ke cermin untuk melihat posisi jerawat anda. Walaubagaiman pun artikel yang dikongsikan ini adalah sekadar rujukan sahaja. Untuk mendapatkan maklumat lebih jelas mengenai tahap kesihatan, anda perlulah mendapatkan rawatan dan nasihat doktor.

P/S: Tips untuk kulit sihat

Anda dinasihatkan untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari. Ini akan membantu anda utk menyeimbangkan suhu badan dan membebaskan toksik yang tidak dikehendaki daripada tubuh badan kita. Ia juga membantu pelawasan.