Penghidap
penyakit kronik terutamanya penghidap asma (lelah), penghidap obstruksi
persafasan kronik, penghidap penyakit jantung, diabetes (kencing manis)
dan darah tinggi perlu mengelakkan diri daripada keluar dari rumah
sehinggalah tahap Indeks Pencemaran Udara (IPU) kurang daripada 100.
Kajian
menunjukkan terdapat peningkatan serangan asma, peningkatan jangkitan
pernafasan, pengurangan fungsi peparu, peningkatan kejadian susah nafas,
batuk-batuk dan iritasi mata semasa keadaan berjerebu2. Ada juga bukti yang mengaitkan peningkatan serangan jantung akibat terdedah dengan udara berjerebu.3
Oleh itu adalah penting bagi penghidap penyakit-penyakit kronik yang
berkenaan untuk mengelakkan diri daripada terdedah dengan jerebu bagi
mengelakkan keadaan kesihatan mereka menjadi lebih teruk. Berikut adalah
langkah-langkah berjaga-jaga yang boleh diambil oleh penghidap penyakit
kronik:
- Elakkan diri daripada keluar dari rumah dan bangunan jika IPU lebih daripada 100
- Jika perlu keluar daripada rumah, sila pakai pelindung pernafasan. Walaubagaimanapun, penggunaan pelindung pernafasan N95 mungkin boleh menyebabkan ketidakselesaan dan susah nafas bagi sesetengah penghidap asma dan penyakit kardiovaskular.
- Minum air kosong yang cukup, iaitu sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Keadaan berjerebu yang kering boleh menyebabkan dehidrasi badan. Jangan ambil air manis kerana ini boleh meningkatkan paras gula dalam darah bagi penghidap diabetes.
- Ambil ubat anda seperti yang disarankan oleh doktor.
- Lakukan senaman di dalam rumah.
- Makan makanan yang seimbang. Kurangkan garam, gula dan lemak. Makan mengikut keperluan aktiviti harian anda. Kurangkan makan jika anda kurang beraktiviti.
- Pastikan anda memberitahu keberadaan anda kepada keluarga atau rakan yang boleh dihubungi dan dapat membantu jika anda mengalami masalah kesihatan.
- Jangan merokok.
- Dapatkan rawatan segera jika anda mengalami gejala seperti sukar bernafas, sakit dada, sakit kepala, mual dan muntah.
- Layari http://moh.gov.my/v/terkini_jerebu untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai situasi jerebu di tempat anda
Diharap langkah-langkah diatas dapat membantu para pesakit kronik untuk menghadapi keadaan berjerebu ini.
No comments:
Post a Comment