Nuffnang Ads

Thursday, 31 October 2013

JEREBU

Pengenalan
Jerebu  boleh menyebabkan masalah kesihatan di kalangan orangramai. Sebagai langkah pencegahan semasa jerebu, orang ramai dinasihatkan supaya meminimakan aktiviti luaran. Walau bagaimananpun, pekerja di sektor perkhidmatan terutamanya anggota seperti hospital, klinik kesihatan, Polis, Bomba, Jabatan Perkhidmatan Awam, dan lain-lain adalah terdedah kepada persekitaran yang kurang sihat semasa jerebu. Sektor pekerja tersebut juga terpaksa meneruskan kerja walaupun situasi  persekitaran semakin merosot.Panduan merupakan nasihat kesihatan bagi pekerjaan di sektor perkhidmatan.

Tindakan untuk diambil oleh organisasi
1. Mengenal pasti keperluan anggota yang minima untuk melaksanakan tugas semasa keadaan persekitaran tidak sihat.

2. Mengenalpasti anggota berisiko tinggi iaitu dengan masalah kesihatan seperti penyakit paru-paru dan penyakit jantung yang tidak boleh melakukan tugas luaran dan memberi mereka tugas dalaman untuk sementara waktu.

3. Menyediakan jadual untuk giliran tugas supaya anggota tidak terdedah untuk tempoh masa yang lama.

4. Menyediakan alat pelindung diri ( topeng muka) yang mencukupi untuk di gunakan oleh anggota semasa menjalankan tugas. Latihan dan fit testing perlu dilakukan di mana perlu.

5. Memberi nasihat kesihatan kepada anggota mengenai langkah-langkah pencegahan untuk diambil semasa melaksanakan tugas semasa jerebu



Tindakan untuk diambil oleh pekerja

1. Memastikan kebersihan diri. Mencuci tangan setelah masuk dari luar bangunan.

2. Memberitahu status kesihatan kepada majikan jika mempunyai masalah kesihatan seperti penyakit paru-paru dan penyakit jantung.

3. Mengambil rawatan seperti dinasihati doktor jika mempunyai masalah kesihatan seperti penyakit paru-paru dan penyakit jantung.

4. Menggunakan alat pelindung diri semasa menjalankan tugas di luar.

5. Menjaga kesihatan dengan meminum air yang banyak, memakan makan berkhasiat terutamanya buah-buahan.

6. Mengelakkan daripada merokok, meminum kopi atau alkohol.

7. Melakukan senaman dalaman.

Penjagaan Penghidap Penyakit Kronik Ketika Keadaan Berjerebu

Selain daripada warga emas dan kanak-kanak, para penghidap penyakit kronik juga adalah golongan berisiko untuk mengalami kesan buruk akibat terdedah kepada udara yang berjerebu. Jerebu mengandungi partikel yang sangat kecil yang boleh membawa bahan toksik yang dapat masuk ke dalam peparu dan diserap ke dalam darah

Penghidap penyakit kronik terutamanya penghidap asma (lelah), penghidap obstruksi persafasan kronik, penghidap penyakit jantung, diabetes (kencing manis) dan darah tinggi perlu mengelakkan diri daripada keluar dari rumah sehinggalah tahap Indeks Pencemaran Udara (IPU) kurang daripada 100.

Kajian menunjukkan terdapat peningkatan serangan asma, peningkatan jangkitan pernafasan, pengurangan fungsi peparu, peningkatan kejadian susah nafas, batuk-batuk dan iritasi mata semasa keadaan berjerebu2. Ada juga bukti yang mengaitkan peningkatan serangan jantung akibat terdedah dengan udara berjerebu.3 Oleh itu adalah penting bagi penghidap penyakit-penyakit kronik yang berkenaan untuk mengelakkan diri daripada terdedah dengan jerebu bagi mengelakkan keadaan kesihatan mereka menjadi lebih teruk. Berikut adalah langkah-langkah berjaga-jaga yang boleh diambil oleh penghidap penyakit kronik:

  • Elakkan diri daripada keluar dari rumah dan bangunan jika IPU lebih daripada 100
  • Jika perlu keluar daripada rumah, sila pakai pelindung pernafasan. Walaubagaimanapun, penggunaan pelindung pernafasan N95 mungkin boleh menyebabkan ketidakselesaan dan susah nafas bagi sesetengah penghidap asma dan penyakit kardiovaskular.
  • Minum air kosong yang cukup, iaitu sekurang-kurangnya 2 liter sehari.  Keadaan berjerebu yang kering boleh menyebabkan dehidrasi badan. Jangan ambil air manis kerana ini boleh meningkatkan paras gula dalam darah bagi penghidap diabetes.
  • Ambil ubat anda seperti yang disarankan oleh doktor.
  • Lakukan senaman di dalam rumah.
  • Makan makanan yang seimbang. Kurangkan garam, gula dan lemak. Makan mengikut keperluan aktiviti harian anda. Kurangkan makan jika anda kurang beraktiviti.
  • Pastikan anda memberitahu keberadaan anda kepada keluarga atau rakan yang boleh dihubungi dan dapat membantu jika anda mengalami masalah kesihatan.
  • Jangan merokok.
  • Dapatkan rawatan segera jika anda mengalami gejala seperti sukar bernafas, sakit dada, sakit kepala, mual dan muntah.
Diharap langkah-langkah diatas dapat membantu para pesakit kronik untuk menghadapi keadaan berjerebu ini.

SOALAN LAZIM TEMUDUGA JURURAWAT



1. Apakah tugas jururawat (bergantung kepada jenis jawatan yang Anda pohon)
2. Kenapa Anda memilih menjadi jururawat? (soalan ni semata-mata ingin mengetahui tahap minat anda je kot, terutamanya kepada jururawat lelaki)
2. Apakah beza jururawat dan pelajar jururawat
3. Apa fungsi organ-organ badan?
4. Apakah penyakit terkini yang Anda ketahui? Berikan punca penyakit tersebut.

5.imunisasi kanak-kanak

6.Beza tugas jururawat mengikut pangkat

7.pakaian jururawat

8.Siapakah Menteri Kesihatan Malaysia sekarang?

9.Apakah 10 S

10.Apakah sifat yang perlu ada pada seorang jururawat

11.Apa beza klinik dan hospital?

12.kenapa anda fikir anda layak menjadi Jururawat

13.terangkan aliran darah dalam badan

14.Selain itu anda juga perlu ketahui dan hadam tentang gred jawatan yang Anda pohon

DRESSING



TUJUAN DRESSING 

·    Melindungi luka daripada kecederaan mekanikal, tercemar oleh kekotoran serta tercemar oleh mikroorganisma dan mencegah infeksi

·         Menggalakkan penyembuhan luka dengan ubatan yang di gunakan

·         Menyerap sekresi , nanah, serous, dan darah dengan memastikan luka sentiasa kering untuk mempercepatkan proses penyembuhan

·         Mengeluarkan bendasing dan tisu-tisu mati

·         Memberi keselesaan fizikal dan mental agar pesakit tidak takut melihat luka


PRINSIP-PRINSIP MELAKUKAN DRESSING

1.       Mengekalkan steriliti
   Troli dressing mestilah di cuci dan di lapkan dengan disinfectant sebelum digunakan

  Gunakan alatan steril dan pastikan dengan menyemak tape autoclave

   Membasuh tangan dengan teliti secara surgikal

 Tangan dan peralatan yang digunakan mesti kering, jika basah ia di anggap tercemar


2.       Kebersihan sekeliling
Tentukan mikroorganisma di udara pada peringkat yang minima dengan skrinkan pesakit untuk memberikan privasi dan kurangkan dedahan serta menutup kipas dan tingkap


3.       Elak rebakan mikroorganisma
   Jangan dedah luka terlalu lama untuk mengurangkan pencemaran

   Pakai mask, glove steril dan gown


4.       Selepas dressing
Tutup luka dengan sempurna

   Pastikan pembebat cukup besar
    
  Tanggalkan tanda-tanda plaster dengan ether


JENIS-JENIS DRESSING


Ø  Closed dressing
- dimana selepas di cuci, luka di tutup dengan pembebat

Ø  Open dressing
-luka tidak di tutup, malah di dedah untuk keringkan luka. Luka kering, mikroorganisma gagal merebak dan luka cepat sembuh  

Ø  Dry dressing
-luka yang tiada sekresi dan bersih
-cuci dengan antiseptik dan tutup dengan gauze kering
 -contohnya luka pembedahan

Ø  Wet dressing
-luka yang berinfeksi, ada nanah,serous dan tisu-tisu mati
-cuci dengan antiseptik, tutup dengan gauze steril yang di basahi dengan antiseptik/povidone      iodine mengikut arahan doktor

Ø  Dressing transparent
-untuk menilai keadaan luka
-cuci dengan antiseptik, tutup dengan op-site spray

Ø  Packing/wick dressing
-bagi luka yang bersaluran/fistula/lubang
-luka di cuci dengan antiseptik, gauze basah dengan antiseptik di sumbat ke dalam saluran luka

Ø  Sofratulle dressing
-luka di cuci bersih dan di bebatkan dengan sofratulle. Duoderm hyperaktif gel di gunakan untuk mengalakkan granulasi tisu dan penyembuhan luka

Ø  Pressure dressing
-satu bulky dressing atau pembebat di letakkan di kawasan luka dengan tekanan tangan yang berglove, kemudian lakukan pressure bandage atau letakkan air inflated splint
-perlu pemerhatian berterusan untuk memastikan keberkesanan dengan menyekat pendarahan



PERBEZAAN TUGAS JURURAWAT KLINIK DAN JURURAWAT HOSPITAL



Tugas-tugas Jururawat Kesihatan

1) Perawatan Kesihatan Keluarga


- Perkhidmatan kesihatan ibu dan kanak-kanak.
- Perkhidmatan lawatan ke rumah.
- Perkhidmatan kesihatan di sekolah.
- Perkhidmatan perancang keluarga.
- Pendidikan kesihatan.


2) Latihan
Membantu dalam mengajar pelbagai kategori pelatih separa perubatan semasa latihan mereka.


3) Menyelia
- Menyelia pekerja-pekerja 'Auxilliary' dan kakitangan kesihatan lain dalam kawasan operasi.
- Menyelia bidan kampung dan bidan swasta berdaftar.


4) Pentadbiran


- Mentadbir klinik.
- Merancang dan menjalankan lawatan ke rumah.
- Menyimpan rekod-rekod dan reten perkhidmatan kesihatan keluarga di dalam kawasan operasi.
- Membantu dalam penilaian kakitangan bawahan.


 Tugas-tugas Jururawat Di Hospital


1) Penjagaan Pesakit
- Mengurus dan melayan makan minum pesakit.
- Mengurus dan menjaga kebersihan pesakit.
- Penjagaan dan merawat ibu selepas bersalin.
- Penjagaan dan merawat bayi selepas kelahiran.


2) Membantu Doktor dalam menjalankan tugas-tugas perawatan.


3) Menyelia Penolong Jururawat, Bidan dan kakitangan bawahan.


4) Membantu Ketua Jururawat dalam pentadbiran wad dan penilaian pelatih-pelatih.


5) Rawatan-rawatan lain mengikut arahan.