Nuffnang Ads

Wednesday, 13 November 2013

POSISI JEARAWAT ANDA!!

salam..

bekongsi sedikit hari nie


Lokasi jerawat di wajah anda mungkin disebabkan oleh faktor-faktor berikut:

1&2: Sistem pencernaan - Kurangkan makanan segera, lemak & tingkatkan pengambilan air suam.

3: Hati - Kurangkan makanan berminyak dan bahan tenusu.

4,5&7: Kurang minum air - Tingkatkan pengambilan air suam

6: Jantung – Jaga tekanan darah. Kurangkan makan pedas dan daging. Tingkatkan pemakanan kaya Omega-3

8: Buah pinggang - Anda mungkin kurang minum air. Lebihkan minum air masak dan kurangkan garam dan kafein.

9&10: Pernafasan – Elakkan badan dari menjadi terlalu panas, kurangkan gula dan banyak bersenam.

11&12: Hormon – Stres dan hormone punca utama. Pastikan tidur yang cukup, lebih minum air & tingkatkan sayuran.

13: Usus – Lebihkan makanan berserat, banyakkan minum teh herba.

14: Penyakit – Badan anda mungkin sedang melawan bakteria untuk elakkan dari sakit. Banyakkan berehat 
dan berfikir positif

TIPS KAWAL JERAWAT ANDA!!

Diet Dapat Menghilangkan Jerawat - Get Rid Of Acne

Salah satu cara untuk menghilangkan jerawat adalah mengawal cara pemakanan kita atau lebih dikenali sebagai diet. Tidak salah jika saya menyatakan diet atau cara pemakanan kita adalah faktor terbesar samada menjadikan kita makin sihat atau kurang sihat.

Biasanya perkataan diet lebih fokus mengenai masalah kegemukkan dan obesiti. Dalam post ini saya akan menerangkan bagaimana diet juga dapat membantumerawat jerawat.

Secara asasnya pemakanan yang anda perlu elakkan adalah makanan yang terlalu berminyak dan bergula. Di bawah saya akan menerangkan empat faktor pemakanan untuk merawat jerawat.

Empat pemakanan tersebut adalah:

1. Kurangkan pengambilan gula

Bagi anda yang suka makanan manis, cuba kurangkan. Walau pun tiada kajian terperinci mengenai gula penyebab jerawat tetapi ramai doktor menyatakan pengambilan gula dalam kuantiti yang banyak boleh menyebabkan jerawat semakin teruk. Contoh makanan yang mempunyai gula berlebihan adalah coklat, kek dan minuman ringan.

2. Minyak ikan membantu jerawat sembuh

Ikan bukan sahaja baik untuk kesihatan di dalam badan. Ikan juga mengandungi omega 3 di mana ia memberikan kebaikan kepada kulit anda dan mencegah pembentukkan jerawat. Lebih elok anda memilih ikan yang dimasak sup daripada bergoreng.

3. Vitamin untuk mencegah jerawat

Vitamin penting untuk mencegah dan merawat jerawat. Antara vitamin yang paling penting untuk kulit adalah Vitamin A, E dan B5. Contoh terbaik makanan yang mengandungi vitamin tersebut adalah buah-buahan seperti betik, pisang dan apple.

4. Pengambilan “Zink” untuk merawat jerawat.

Makan telur, bijiran dan cendawan untuk merawat jerawat kerana ia adalah sumber utama zink. Zink adalah sejenis mineral yang dapat memberi kekuatan kepada imunisai di dalam badan anda untuk merawat pelbagai penyakit temasuklah jerawat.

Kombinasi pemakanan di atas dapat merawat dan mencegah jerawat secara semulajadi. Sekarang anda sudah tahu rahsia pemakanan yang dapat membantu menghilangkan jerawat. Jadi, jangan lupa amalkan ya! supaya kulit anda sentiasa sihat dan cantik sepanjang masa :).


"Not everybody has acne, age spots, but everybody has hair the don't want."

AMBU BAG

Ambu Bag atau nama lainnya “Bag Valve Mask” adalah alatan yang digunakan untuk membantu pesakit bernafas. Ia adalah salah satu medium, yang sama fungsinya seperti “mouth to mouth” resuscitation.


Apabila berlakunya kecemasan atau kemalangan, pesakit biasanya akan mengalami kesukaran untuk bernafas. Malah dalam kebanyakan kes, ramai pesakit yang tidak dapat bernafas langsung. Pada masa yang sama jantung masih lagi berfungsi. Jadi, masa inilah kita akan gunakan Ambu Bag sebagai alat bantuan pernafasan. Ia membantu mengembangkan kembali paru-paru.

Sekiranya berlaku kemalangan dan kita berada di tempat kejadian, kebetulan pula kita baru sahaja membeli Ambu Bag. Boleh kita rasmikan pesakit pertama.Caranya mudah. Letakkan penutup (berbentuk segitiga) di mulut dan mulakan mengepam. Ratio yang aku pernah belajar, seminit 10 kali pam(kalau tak silap lah). Maknanya setiap 6 saat sekali.


Monday, 11 November 2013

Diabetes Mellitus

Apakah itu diabetes?
Diabetes adalah salah satu penyakit kronik dimana ianya merupakan masalah yang besar di kebanyakan negara-negara didunia. Di Malaysia satu kajian telah dilakukan pada tahun 1996 dimana di anggarkan 700,000 hingga 900,000 orang dewasa berumur 30 tahun keatas menghidapi diabetes atau terdapat 8 penghidap diabetes bagi setiap 100 orang dewasa.
Diabetes adalah satu keadaan dimana tahap gula didalam darah anda adalah tinggi dari normal. Ia adalah satu daripada faktor utama untuk mendapat sakit jantung atau angin ahmar.
Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah kedalam sel dan tisu, dimana ia akan digunakan untuk bahan bakar.
Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa kedalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat.
Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk bahan bakar dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.
Dua jenis diabetes
Terdapat dua jenis diabetes utama:
  • Jenis 1 - "Diabetes atau Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (bergantung pada Insulin)
    • Biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja
    • Biasanya tidak dapat menghasilkan insulin
  • Jenis 2 - "Diabetes atau Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (tidak bergantung pada insulin)
    • Jenis paling biasa ditemui dan lebih daripada 90% penghidap diabetes adalah penghidap jenis ini.
    • Selalunya pada orang yang berumur dan berat badan berlebihan.
Bagaimanapun, terdapat satu lagi jenis kumpulan individu yang berada diantara kedua-dua jenis diatas yang dikenali sebagai Impaired Glucose Tolerance ataukumpulan IGT.
Apakah tanda-tanda amaran diabetes?
Anda boleh mengalami berlainan tanda-tanda dan gejala. Walaubagaimanapun, gejala yang biasa dialami ialah:
  • Haus/dahaga (haus yang berlebihan)
  • Letih
  • Berat badan menurun
  • Penglihatan kabur
  • Otot lemah
  • Gatal
Lain-lain gejala termasuk:
  • Pengidap penyakit kulit yang berpanjangan
  • Luka yang lambat sembuh
  • Kencing yang kerap
  • Gatal pada bahagian kemaluan
  • Rasa kebas
Anda boleh juga menghidapi diabetes tanpa apa-apa gejala. Jangan bergantung kepada gejala untuk mengetahui anda adalah penghidap diabetes. Jalankan ujian di klinik kesihatan berdekatan.
Siapakah yang mempunyai risiko tinggi untuk mendapat diabetes?
Sesiapa saja tidak kira umur boleh menghidapi diabetes. Walaubagaimanapun anda mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidapi diabetes jika mempunyai perkara berikut:
  • Berumur 35 tahun atau lebih tua. Semakin tua semakin tinggi risiko anda untuk menghidapi diabetes
  • Berat badan berlebihan atau obesiti.Semakin berat badan anda bertambah, semakin tinggi risiko anda menghidap diabetes.
  • Impaired glucose tolerance (IGT).
  • Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes
  • Sejarah diabetes pada kehamilan terakhir.
  • Sejarah mempunyai bayi yang besar (berat kelahiran adalah 4.0 kg atau lebih ) .
  • Tekanan darah tinggi
  • Tidak aktif -gaya hidup sedentari
  • Faktor pemakanan -Pengambilan makanan berlemak tinggi dan kurang pengambilan makanan berserat
  • Tahap lemak/ kolesterol yang tinggi .
Jika anda fikir anda mempunyai risiko tinggi untuk menghidapi diabetes, hubungi klinik kesihatan berdekatan.
Komplikasi diabetes
Diabetes adalah masalah kronik dan boleh mengganggu banyak organ bergantung kepada kawalan gula dalam darah. Tanpa pengurusan yang betul ianya boleh mendatangkan berbagai komplikasi seperti penyakit kardiovaskular, kegagalan buah pinggang, buta dan kerosakan saraf.
Keadaan kecemasan:
  • Hipoglisemia -ialah apabila tahap gula dalam darah adalah rendah. Anda akan mengalami sakit kepala, rasa pening, pusing, ketar tangan dan berpeluh. Anda boleh pengsan atau di serang sawan jika kandungan gula anda adalah terlalu rendah
Diabetes Ketoacidosis adalah keadaan serius apabila tahap gula terlalu tinggi. (Ini biasanya bermaksud anda benar-benar kekurangan insulin). Ia juga boleh di hasilkan oleh tekanan, jangkitan kuman, kecederaan, penggunaan ubatan atau kemasukan wad bagi angin ahmar atau sakit jantung. Anda akan mengalami mengantuk dan tidak sedar diri.
  • Hiperglisemia - adalah apabila tahap gula dalam darah tinggi. Anda akan mengalami mengantuk dan tidak sedar diri

Kandungan gula dalam darah tinggi yang berpanjangan ( Kronik)
  • Ini menyebabkan kerosakan jangka panjang:
    • Mata
      • Katarak, pendarahan dalam mata dan menyebabkan buta
    • Saraf
      • Kebas atau kehilangan deria rasa pada tangan dan kaki dimana pesakit boleh mendapat kecederaan tanpa disedari. Ini boleh menyebabkan luka pada kaki dan gangrene
    • Otak
    • Buah pinggang
      • kegagalan buah pinggang
    • Jantung
      • Sakit jantung
Berita baik adalah jika anda dapat mengawal diabetes dengan baik, ini akan membantu mengelakkan atau melambatkan komplikasi
Apakah yang sepatutnya saya lakukan untuk mengelakkan dari mendapat diabetes?
Kawalan diabetes yang baik adalah anda boleh mengawal tahap gula dalam darah menghampiri tahap normal. Ini boleh di capai dengan kaedah berikut:
  • Mengawal pengambilan makanan
    • Mengambil makanan seimbang kerana pengambilan makanan berlebihan akan meninggikan tahap gula dalam darah
  • Melakukan senaman fizikal
    • Senaman dapat mengurangkan kandungan gula dalam darah dan membantu insulin bekerja dengan lebih berkesan. Senaman juga dapat membantu anda mengurangkan berat badan.
  • Ubatan
    • Jika anda pengidap diabetes jenis 1, anda memerlukan suntikan insulin
    • Jika anda pengidap diabetes jenis 2, anda mungkin hanya memerlukan pengambilan ubat hipoglisemia untuk menurunkan tahap gula dalam darah dan sesetengah mungkin memerlukan suntikan insulin.
Walaupun anda menghidap diabetes, anda masih boleh menjalani kehidupan normal dan aktif.

Anda boleh menjaga diri anda sendiri
  • Penjagaan secara umum:
    • Penjagaan kulit
      • Mandi setiap hari
      • Keringkan semua bahagian badan dengan sempurna
      • Merawat luka dan calar dengan segera
      • Berjumpa doktor jika luka tidak sembuh selepas 2 - 3 hari.
    • Penjagaan kaki
      • Basuh kaki setiap hari
      • Keringkan semua bahagian kaki dengan sempurna terutama antara celah-celah jari kaki
      • Periksa kaki anda setiap hari untuk luka, calar, melecur atau apa-apa perubahan warna kulit.
      • Potong kuku jari kaki secara lurus
      • Tukar stokin anda setiap hari
      • Jangan berjalan tanpa kasut
      • Selalu pakai kasut yang lembut dan sesuai di guna luar rumah.
·         Mengawasi diri sendiri
    • Anda digalakkan untuk melakukan pengawasan glukosa dalam darah. sendiri. Kerap memeriksa tahap glukosa dalam darah boleh memberitahu keberkesanan cara anda mengawal diabetes 
  • Penjagaan gigi
  • Kerap menjalani pemeriksaan mata
  • Mengelakkan minuman keras
  • Berhenti merokok
Apakah yang patut saya lakukan untuk mengelakkan dari mendapat penyakit diabetes?
Diabetes boleh dicegah dengan mengamalkan gaya hidup sihat:
  • Makan makanan berkhasiat dapat membantu mengawal tahap gula dalam darah, mengekalkan berat badan, mengawal paras kolesterol, mengurangkan tekanan darah tinggi dan mencegah penyakit jantung.
  • Senaman dapat memperbaiki kecergasan, membakar kalori. Oleh itu dapat mengurangkan lemak dalam badan dan mengawal berat badan anda. Senaman merendahkan kadar gula dalam darah dan membantu tubuh anda untuk menggunakan gula dalam darah dengan baik.
  • Kajian menunjukkan obesiti mempunyai hubungkait dengan diabetes. Kekalkan berat badan yang unggul

KEMASUKAN NASOGASTIK TIUB

DEFINISI
Satu tatacara dimana sejenis tiub khas dimasukkan ke dalam gaster melaui hidung/nasofarinks dengan tujuan yang tertentu.
JENIS TIUB
1. Single lumen tiub
2. Double lumen
a) Tiub Levin
b) Tiub miller abbolt
c) Tiub cantor
d) Tiub haris

TUJUAN
1. Mengosongkan gaster/ mengeluarkan cecair atau gas dari salur penghadaman
• Melegakan perasaan loya dan muntah serta kekembungan
• Sebelum pembedahan kecemasan
• Selepas pembedahan pada salur penghadaman bagi merehatkan bahagian yang dibedah
• Dalam kes pendarahan
• Dalam keadaan kesekatan usus
2. Melakukan cucian perut dalam kes-kes seperti keracunan dan pendarahan
3. Mengambilspesimen cecair perut untuk analisa




4. Memberi ubatan dan minuman terus ke perut dalamkes-kes:
a) Penyakit jiwa
b) Pesakit tidak sedar diri
c) Menambah kandungan kalori
d) Kelumpuhan
e) Kesempitan faring esophagus
f) Pembedahan mulut atau tekak
g) Pesakit yang keliru
h) Pesakit yang ada keabnormalan dimulut

INDIKASI
1. Pesakit yang tidak sedar diri dan telah dilakukan intubasi
2. Pesakit yang mengalami kesekatan pada bahagian esophagus
3. Pesakit yang mengalami kebakaran yang teruk pada salur pernafasan dan esophagus
4. Pesakit yang mengalami keracunan makanan
5. Pesakit sebelum dan selepas pembedahan gaster
6. Mengeluarkan darah pada kes bleeding peptic ulcer dan sekrisi pada GIT
7. Untuk mengeluarkan racun paraquat tidak menghakiskan dan untuk mengambil contoh spesiment







ALAT KEPERLUAN
1. Talam
a) 2 gollipot – air masak dan untuk menguji sekrisi
b) 1 tiub nasogastric yang sesuai
c) Cotton buds
d) 1 plain dissecting forcep
e) Flanner
f) Gauze
g) Sringe
h) Cape mackintosh
i) Plaster
j) Clamp
k) Stateskop
l) Kertas litmus
m) Air kumuran
2. Kidney dish (receiver)








TANGGUNGJAWAB
1. Komunikasi
a) Terangkan dengan jelas kepada pesakit tujuan kemasukan nasogastic tiub supaya pesakit faham dan memberi kerjasama
b) Nilai tahap pengetahuan pesakit bagi memudahkan pemberian nasihat tentang nasogastik tiub
2. Keselesaan
a) Skrinkan pesakit bagi mengurangkan rasa malu pesakit ketika prosedur
b) Pakaikan makintosh untuk melindungi pakaian pesakit dari sedutan akibat muntah
c) Posisikan pesakit dalam baringan low fowlers atau semi recumbent mengikut kemampuan pesakit bagi memudahkan kemasukan nasogastric tiub
d) Cuci lubang hidung pesakit dengan cotton bud sehingga bersih dengan lemah lembut
e) Lap hidung pesakit dengan kering supaya mikrop dapat dihindari

3. Keselamatan
a) Ases hidung bagi mengenal pasti keabnormalan seperti kesekatan atau kecacatan
b) Pilih saiz tiub yang sesuai bagi mengelakkan kecederaan
c) Ukur tiub nasogastic tiub dari hujung hidung hingga ke cuping telinga. Kemudian ke hujung sternum
d) Licinkan tiub dengan mencelupkan dalam air bagimengurang kan geseran dan kecederaan pada membrane mukosadengan tiub
e) Masukkan tiub dengan cara yang betulke dalam gaster sehingga paras yang ditanda bagi mengurangkan curvature di junction nasopharyngeal
f) Jangan memaksa dalam kemasukan yang akan menyebabkan perasaan loya dan tidak selesa serta kecederaan pada selaput mukosa
g) Pastikan tiub berada dalam gaster bagi mengelakkan komplikasi

4. Pemerhatian
a) Perhatikan tanda-tanda distress seperti batuk. Jika keadaan ini berlaku keluarkan tiub dan masukkan semula setelah pesakit pulih
5. Penilaian
a) Menguji tiub dalam gaster dengan cara yang berikut:
 Letakkan hujung tiub dalam gollipot yang berisi air (tiub mungkin berada dalam salur pernafasan jika terdapat udara yang keluar)
 Mendengar steteskop di bahagian epigastrik jika terdengar bunyi udara menunjukkan tiub dalam gaster
 Menyedut keluar cecair dari gaster danuji dengan litmus biru (biru kepada merah)
6. Dokumentasi – catat dalam input dan output

TANGGUNGJAWAB KE ATAS PESAKIT YANG MENGGUNAKAN TIUB NASOGASTIK
1. Keselesaan
a) Lakukan oral toilet bagi tujuankesegaran dan keselesaan dan melegakan dari infeksi mulut
b) Pemberian gula getah bagi penghasilan air liur
c) Hidung dibersihkan bagi keselesaan
d) Sapu minyak pada bibir bagi engelakkan kekeringan
e) Beri kumuran setiap kali pemberian makanan bagi penghasilan air liur
2. Kekalkan patensi tiub
a) Melakukan aspirasi tepat pada masanya
b) Free flow bagi pesakit yang baru menjalani pembedahan
c) Aspirasi intermiten 2-4jam sekali



3. Mencegah kecederaan dan infeksi
a) Pastikan tiub dipasang dengan spilot bagi mengelakkan kemasukan udara dan kotoran
b) Berikan sedikit air jernih sebelumdan selepas pemberian cecai nutrisi pada tiub nasogastik tiub bagi elakkan pembiakan mkroorganisma dan kebersihan
c) Tukar tiub setiap minggu dan gilir-gilirkan dengan lubang hidung sebelah lagi bagi elakkan jangkitan
4. Pemerhatian
a) Pemerhatian terhadap cecair yang keluar sewaktu aspirasi dalam bentuk watak, kandungan yang luar biasa, dan amoun.
5. Catatkan dalam carta input dan output
6. Laporkan keabnormalan pada doctor

CARA MENGELUARKAN TIUB NASOGASTIC
1. Tiub diklam sebelum dikeluarkan
2. Tiub dikeluarkan kerana
a) Cecair aspirasi semakin berkurangan
b) Distensiabdomen berkurangan
c) Boleh menerima makanan melalui mulut
d) Mendapat arahan doctor
3. Beritahu pesakit bagimendapatkan kerjasama
4. Lakukan aspirasi
5. Arahkan pesakit menahan nafas dan keluarkan tiub dengan cepat
6. Beri kumuran bagikeselesaan pesakit
7. Rekodkan


KOMPLIKASI DALAM KEMASUKAN NASOGASTIC TIUB
1. Tiub tersalah masukke paru-paru
2. Geseran dan menyebabkan kecederaan pada hidung
3. Mucosa erosion
4. Pesakit tidak memberi kerjasama
5. Tiub tercemar
6. Infeksi
7. Dificit fluid volume
8. Imbalance fluids electrolytes
9. Asid base imbalance
10. hypothermia

Wednesday, 6 November 2013

10805 pelajar tadika khatam Al-Quran

Kuala Terengganu – Seramai 10805 orang pelajar tadika dari seluruh negeri Terengganu terlibat majlis khatam al-Quran pelajar tadika peringkat negeri Terengganu.
Majlis yang diadakan di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak ini telah disempurnakan oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu,  YB Haji Zuber bin Embong.
Turut hadir ke majlis berkenaan ialah Encik Kamarul Al-Amin bin Ismail, Pengarah Yayasan Islam Terengganu, Encik Zakaria bin Hussain, Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu Ustaz Mohamad Ramli bin Nuh, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Islam Terengganu.
image

Seorang lagi calon SPM meninggal hari ini

JERTEH - Seorang lagi calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) meninggal dunia di Hospital Daerah Besut hari ini.
Norsuwana Safawa, 17, pelajar Sekolah Menengah Agama Ittifakiah di sini meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang dan lelah yang dihidapinya sejak beberapa tahun lepas kira-kira 5.12 pagi ini. 
Pegawai Pendidikan Daerah Besut Ab Halim Hassan ketika mengesahkan perkara itu berkata Norsuwana yang merupakan pelajar harapan sekolahnya sempat menduduki kertas Bahasa Melayu 1 dan 2 di hospital itu semalam. 
Katanya pelajar itu sepatutnya menduduki tiga kertas hari ini iaitu Kertas Bahasa Inggeris 1 pada 8 pagi, kertas Bahasa Inggeris  2 pada 10.20 pagi dan kertas Pendidikan Al-Quran dan Sunnah pada sebelah petang.
Jenazahnya dijangka dikebumikan di tanah perkuburan Islam Alor Lintang dekat sini selepas solat Asar hari ini. 
Semalam dua calon SPM iaitu di Dungun dan Pasir Putih, Kelantan meninggal dunia.
Mohd Nor Allif Harun, 17, pelajar SMK Sultan Omar di Dungun  meninggal dunia awal pagi semalam setelah koma sejak seminggu lalu setelah terbabit dalam kemalangan jalan raya.
Nur Syazwani Ariffin, 17,  pelajar Sekolah Menengah Agama Mahaad Saniah, Pasir Putih tiba-tiba pengsan ketika sedang menjawab kertas Bahasa Melayu 1 kira-kira 8.25 pagi semalam sebelum meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tengku Anis Pasir Putih untuk rawatan. - Bernama