Klinik Kesihatan vs Klinik 1Malaysia
KLINIK 1MALAYSIA
Klinik 1Malaysia beroperasi setiap hari, tujuh hari seminggu dari pukul 10 pagi hingga 10 malam. Para petugasnya adalah jururawat terlatih dan penolong pegawai perubatan.
Klinik itu menyediakan khidmat rawatan perubatan kepada penduduk setempat.
Klinik 1Malaysia menyediakan perkhidmatan seperti:-
1) Menyediakan rawatan ringan seperti demam, batuk, selsema dan penyakit-penyakit ringan yang lain
2) Rawatan susulan kes penyakit kronik yang stabil dan terkawal seperti diabetis, darah tinggi dan asma
3) Prosedur rawatan ringan seperti mencuci luka dan membuka jahitan
4) Membuat notifikasi bagi penyakit berjangkit seperti demam denggi
5) Khidmat nasihat dan pendidikan kesihatan.
KLINIK KESIHATAN
Klinik kesihatan menyediakan perkhidmatan seperti:-
1) Kesihatan ibu mengandung dan kanak-kanak meliputi jagaan pra-natal dan selepas bersalin, imunisasi bagi kanak-kanak dan pemantauan perkembangan kanak-kanak
2) Perancang keluarga
3) Klinik Warga Sihat yang meliputi saringan untuk mengesan risiko-risiko penyakit seperti hyperlipidaemia dan pengukuran berat badan; saringan untuk mengesan penyakit kronik seperti diabetis dan darah tinggi; serta kaunseling makanan dan kaunseling untuk berhenti merokok
4) Pendidikan pemakanan dan kesihatan
5) Kesihatan warga tua
6) Kesihatan mental
7) Kesihatan remaja
Nuffnang Ads
Wednesday, 13 November 2013
MAKSUD JERAWAT DI WAJAH ANDA
Ada setengah orang cakap jerawat ini menyusahkan dan memalukan bila sudah naik banyak-banyak di muka. Sampai ada yang sanggup tidak mahu keluar rumah bila muka berjerawat. Betul ke? Tapi jerawat tak boleh dibiarkan sebabkan kesannya sangat teruk.Tapi tahukah anda posisi jerawat boleh memberi petunjuk ataupun isyarat tentang kesihatan kita walaupun bukanlah secara menyeluruh? Menarik bukan? Jom teruskan membaca info dibawah.
Jerawat kat DAHI
Haba badan yang melampau serta peredaran darah yang tidak baik menjadi punca kepada naiknya jerawat kat dahi kita. Orang yang ada jerawat kat dahinya selalunya memiliki sifat panas baran.
Untuk menghindari, dinasihatkan supaya menjadikan amalan untuk tidur awal serta bangun awal. Selain itu pastikan dapat tidur yang cukup dan minum air banyak.
Jerawat kat HIDUNG
Kalau jerawat di batang hidung, ianya bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Jika ianya di hujung hidung mungkin disebabkan haba perut melampau dan sistem penghadaman yang tidak normal.
Dan jika di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi yang mempunyai masalah.
Jerawat kat DAGU
Kalau jerawat tumbuh di dagu pula, berkemungkinan fungsi buah pinggang telah terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Untuk kaum wanita yang mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.
Jerawat kat PIPI
Jika jerawat tumbuh di pipi kiri, fungsi hati mungkin kurang lancar seperti dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah. Jika di sebelah pipi kanan, fungsi paru-paru berkemungkinan tidak normal.
Jerawat kat BADAN (Belakang dan Depan)
Bagi jerawat yang tumbuh di belakang atau depan badan ianya memberi petanda kemungkinan sistem perkumuhan bermasalah, seperti terkena sembelit. Dinasihatkan supaya mengamalkan pemakanan yang sihat bagi memastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.
Nampaknya ada yang terus menghadap ke cermin untuk melihat posisi jerawat anda. Walaubagaiman pun artikel yang dikongsikan ini adalah sekadar rujukan sahaja. Untuk mendapatkan maklumat lebih jelas mengenai tahap kesihatan, anda perlulah mendapatkan rawatan dan nasihat doktor.
P/S: Tips untuk kulit sihat
Anda dinasihatkan untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari. Ini akan membantu anda utk menyeimbangkan suhu badan dan membebaskan toksik yang tidak dikehendaki daripada tubuh badan kita. Ia juga membantu pelawasan.
POSISI JEARAWAT ANDA!!
salam..
bekongsi sedikit hari nie
bekongsi sedikit hari nie
Lokasi jerawat di wajah anda mungkin disebabkan oleh faktor-faktor berikut:
1&2: Sistem pencernaan - Kurangkan makanan segera, lemak & tingkatkan pengambilan air suam.
3: Hati - Kurangkan makanan berminyak dan bahan tenusu.
4,5&7: Kurang minum air - Tingkatkan pengambilan air suam
6: Jantung – Jaga tekanan darah. Kurangkan makan pedas dan daging. Tingkatkan pemakanan kaya Omega-3
8: Buah pinggang - Anda mungkin kurang minum air. Lebihkan minum air masak dan kurangkan garam dan kafein.
9&10: Pernafasan – Elakkan badan dari menjadi terlalu panas, kurangkan gula dan banyak bersenam.
11&12: Hormon – Stres dan hormone punca utama. Pastikan tidur yang cukup, lebih minum air & tingkatkan sayuran.
13: Usus – Lebihkan makanan berserat, banyakkan minum teh herba.
14: Penyakit – Badan anda mungkin sedang melawan bakteria untuk elakkan dari sakit. Banyakkan berehat dan berfikir positif
TIPS KAWAL JERAWAT ANDA!!
Diet Dapat Menghilangkan Jerawat - Get Rid Of Acne
Salah satu cara untuk menghilangkan jerawat adalah mengawal cara pemakanan kita atau lebih dikenali sebagai diet. Tidak salah jika saya menyatakan diet atau cara pemakanan kita adalah faktor terbesar samada menjadikan kita makin sihat atau kurang sihat.
Biasanya perkataan diet lebih fokus mengenai masalah kegemukkan dan obesiti. Dalam post ini saya akan menerangkan bagaimana diet juga dapat membantumerawat jerawat.
Secara asasnya pemakanan yang anda perlu elakkan adalah makanan yang terlalu berminyak dan bergula. Di bawah saya akan menerangkan empat faktor pemakanan untuk merawat jerawat.
Empat pemakanan tersebut adalah:
1. Kurangkan pengambilan gula
Bagi anda yang suka makanan manis, cuba kurangkan. Walau pun tiada kajian terperinci mengenai gula penyebab jerawat tetapi ramai doktor menyatakan pengambilan gula dalam kuantiti yang banyak boleh menyebabkan jerawat semakin teruk. Contoh makanan yang mempunyai gula berlebihan adalah coklat, kek dan minuman ringan.
2. Minyak ikan membantu jerawat sembuh
Ikan bukan sahaja baik untuk kesihatan di dalam badan. Ikan juga mengandungi omega 3 di mana ia memberikan kebaikan kepada kulit anda dan mencegah pembentukkan jerawat. Lebih elok anda memilih ikan yang dimasak sup daripada bergoreng.
3. Vitamin untuk mencegah jerawat
Vitamin penting untuk mencegah dan merawat jerawat. Antara vitamin yang paling penting untuk kulit adalah Vitamin A, E dan B5. Contoh terbaik makanan yang mengandungi vitamin tersebut adalah buah-buahan seperti betik, pisang dan apple.
4. Pengambilan “Zink” untuk merawat jerawat.
Makan telur, bijiran dan cendawan untuk merawat jerawat kerana ia adalah sumber utama zink. Zink adalah sejenis mineral yang dapat memberi kekuatan kepada imunisai di dalam badan anda untuk merawat pelbagai penyakit temasuklah jerawat.
Kombinasi pemakanan di atas dapat merawat dan mencegah jerawat secara semulajadi. Sekarang anda sudah tahu rahsia pemakanan yang dapat membantu menghilangkan jerawat. Jadi, jangan lupa amalkan ya! supaya kulit anda sentiasa sihat dan cantik sepanjang masa :).
"Not everybody has acne, age spots, but everybody has hair the don't want."
Biasanya perkataan diet lebih fokus mengenai masalah kegemukkan dan obesiti. Dalam post ini saya akan menerangkan bagaimana diet juga dapat membantumerawat jerawat.
Secara asasnya pemakanan yang anda perlu elakkan adalah makanan yang terlalu berminyak dan bergula. Di bawah saya akan menerangkan empat faktor pemakanan untuk merawat jerawat.
Empat pemakanan tersebut adalah:
1. Kurangkan pengambilan gula
Bagi anda yang suka makanan manis, cuba kurangkan. Walau pun tiada kajian terperinci mengenai gula penyebab jerawat tetapi ramai doktor menyatakan pengambilan gula dalam kuantiti yang banyak boleh menyebabkan jerawat semakin teruk. Contoh makanan yang mempunyai gula berlebihan adalah coklat, kek dan minuman ringan.
2. Minyak ikan membantu jerawat sembuh
Ikan bukan sahaja baik untuk kesihatan di dalam badan. Ikan juga mengandungi omega 3 di mana ia memberikan kebaikan kepada kulit anda dan mencegah pembentukkan jerawat. Lebih elok anda memilih ikan yang dimasak sup daripada bergoreng.
3. Vitamin untuk mencegah jerawat
Vitamin penting untuk mencegah dan merawat jerawat. Antara vitamin yang paling penting untuk kulit adalah Vitamin A, E dan B5. Contoh terbaik makanan yang mengandungi vitamin tersebut adalah buah-buahan seperti betik, pisang dan apple.
4. Pengambilan “Zink” untuk merawat jerawat.
Makan telur, bijiran dan cendawan untuk merawat jerawat kerana ia adalah sumber utama zink. Zink adalah sejenis mineral yang dapat memberi kekuatan kepada imunisai di dalam badan anda untuk merawat pelbagai penyakit temasuklah jerawat.
Kombinasi pemakanan di atas dapat merawat dan mencegah jerawat secara semulajadi. Sekarang anda sudah tahu rahsia pemakanan yang dapat membantu menghilangkan jerawat. Jadi, jangan lupa amalkan ya! supaya kulit anda sentiasa sihat dan cantik sepanjang masa :).
"Not everybody has acne, age spots, but everybody has hair the don't want."
AMBU BAG
Ambu Bag atau nama lainnya “Bag Valve Mask” adalah alatan yang digunakan untuk membantu pesakit bernafas. Ia adalah salah satu medium, yang sama fungsinya seperti “mouth to mouth” resuscitation.
Apabila berlakunya kecemasan atau kemalangan, pesakit biasanya akan mengalami kesukaran untuk bernafas. Malah dalam kebanyakan kes, ramai pesakit yang tidak dapat bernafas langsung. Pada masa yang sama jantung masih lagi berfungsi. Jadi, masa inilah kita akan gunakan Ambu Bag sebagai alat bantuan pernafasan. Ia membantu mengembangkan kembali paru-paru.
Sekiranya berlaku kemalangan dan kita berada di tempat kejadian, kebetulan pula kita baru sahaja membeli Ambu Bag. Boleh kita rasmikan pesakit pertama.Caranya mudah. Letakkan penutup (berbentuk segitiga) di mulut dan mulakan mengepam. Ratio yang aku pernah belajar, seminit 10 kali pam(kalau tak silap lah). Maknanya setiap 6 saat sekali.

Monday, 11 November 2013
Diabetes Mellitus
Apakah itu diabetes?
Diabetes
adalah salah satu penyakit kronik dimana ianya merupakan masalah yang
besar di kebanyakan negara-negara didunia. Di Malaysia satu kajian telah
dilakukan pada tahun 1996 dimana di anggarkan 700,000 hingga 900,000
orang dewasa berumur 30 tahun keatas menghidapi diabetes atau terdapat 8
penghidap diabetes bagi setiap 100 orang dewasa.
Diabetes
adalah satu keadaan dimana tahap gula didalam darah anda adalah tinggi
dari normal. Ia adalah satu daripada faktor utama untuk mendapat sakit
jantung atau angin ahmar.
Diabetes
berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin
atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan.
Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita.
Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah kedalam
sel dan tisu, dimana ia akan digunakan untuk bahan bakar.
Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa kedalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat.
Ini
akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk bahan bakar dan juga
ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa
yang tinggi.
Terdapat dua jenis diabetes utama:
- Jenis 1 - "Diabetes atau Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (bergantung pada Insulin)
- Biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja
- Biasanya tidak dapat menghasilkan insulin
- Jenis 2 - "Diabetes atau Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (tidak bergantung pada insulin)
- Jenis paling biasa ditemui dan lebih daripada 90% penghidap diabetes adalah penghidap jenis ini.
- Selalunya pada orang yang berumur dan berat badan berlebihan.
Bagaimanapun,
terdapat satu lagi jenis kumpulan individu yang berada diantara
kedua-dua jenis diatas yang dikenali sebagai Impaired Glucose Tolerance
ataukumpulan IGT.
Anda boleh mengalami berlainan tanda-tanda dan gejala. Walaubagaimanapun, gejala yang biasa dialami ialah:
- Haus/dahaga (haus yang berlebihan)
- Letih
- Berat badan menurun
- Penglihatan kabur
- Otot lemah
- Gatal
Lain-lain gejala termasuk:
- Pengidap penyakit kulit yang berpanjangan
- Luka yang lambat sembuh
- Kencing yang kerap
- Gatal pada bahagian kemaluan
- Rasa kebas
Anda
boleh juga menghidapi diabetes tanpa apa-apa gejala. Jangan bergantung
kepada gejala untuk mengetahui anda adalah penghidap diabetes. Jalankan
ujian di klinik kesihatan berdekatan.
Sesiapa
saja tidak kira umur boleh menghidapi diabetes. Walaubagaimanapun anda
mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidapi diabetes jika mempunyai
perkara berikut:
- Berumur 35 tahun atau lebih tua. Semakin tua semakin tinggi risiko anda untuk menghidapi diabetes
- Berat badan berlebihan atau obesiti.Semakin berat badan anda bertambah, semakin tinggi risiko anda menghidap diabetes.
- Impaired glucose tolerance (IGT).
- Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes
- Sejarah diabetes pada kehamilan terakhir.
- Sejarah mempunyai bayi yang besar (berat kelahiran adalah 4.0 kg atau lebih ) .
- Tekanan darah tinggi
- Tidak aktif -gaya hidup sedentari
- Faktor pemakanan -Pengambilan makanan berlemak tinggi dan kurang pengambilan makanan berserat
- Tahap lemak/ kolesterol yang tinggi .
Jika anda fikir anda mempunyai risiko tinggi untuk menghidapi diabetes, hubungi klinik kesihatan berdekatan.
Diabetes
adalah masalah kronik dan boleh mengganggu banyak organ bergantung
kepada kawalan gula dalam darah. Tanpa pengurusan yang betul ianya boleh
mendatangkan berbagai komplikasi seperti penyakit kardiovaskular,
kegagalan buah pinggang, buta dan kerosakan saraf.
Keadaan kecemasan:
- Hipoglisemia -ialah apabila tahap gula dalam darah adalah rendah. Anda akan mengalami sakit kepala, rasa pening, pusing, ketar tangan dan berpeluh. Anda boleh pengsan atau di serang sawan jika kandungan gula anda adalah terlalu rendah
Diabetes
Ketoacidosis adalah keadaan serius apabila tahap gula terlalu tinggi.
(Ini biasanya bermaksud anda benar-benar kekurangan insulin). Ia juga
boleh di hasilkan oleh tekanan, jangkitan kuman, kecederaan, penggunaan
ubatan atau kemasukan wad bagi angin ahmar atau sakit jantung. Anda akan
mengalami mengantuk dan tidak sedar diri.
- Hiperglisemia - adalah apabila tahap gula dalam darah tinggi. Anda akan mengalami mengantuk dan tidak sedar diri
Kandungan gula dalam darah tinggi yang berpanjangan ( Kronik)
- Ini menyebabkan kerosakan jangka panjang:
- Mata
- Katarak, pendarahan dalam mata dan menyebabkan buta
- Saraf
- Kebas atau kehilangan deria rasa pada tangan dan kaki dimana pesakit boleh mendapat kecederaan tanpa disedari. Ini boleh menyebabkan luka pada kaki dan gangrene
- Otak
- Buah pinggang
- kegagalan buah pinggang
- Jantung
- Sakit jantung
Berita baik adalah jika anda dapat mengawal diabetes dengan baik, ini akan membantu mengelakkan atau melambatkan komplikasi
Kawalan
diabetes yang baik adalah anda boleh mengawal tahap gula dalam darah
menghampiri tahap normal. Ini boleh di capai dengan kaedah berikut:
- Mengawal pengambilan makanan
- Mengambil makanan seimbang kerana pengambilan makanan berlebihan akan meninggikan tahap gula dalam darah
- Melakukan senaman fizikal
- Senaman dapat mengurangkan kandungan gula dalam darah dan membantu insulin bekerja dengan lebih berkesan. Senaman juga dapat membantu anda mengurangkan berat badan.
- Ubatan
- Jika anda pengidap diabetes jenis 1, anda memerlukan suntikan insulin
- Jika anda pengidap diabetes jenis 2, anda mungkin hanya memerlukan pengambilan ubat hipoglisemia untuk menurunkan tahap gula dalam darah dan sesetengah mungkin memerlukan suntikan insulin.
Walaupun anda menghidap diabetes, anda masih boleh menjalani kehidupan normal dan aktif.
Anda boleh menjaga diri anda sendiri
- Penjagaan secara umum:
- Penjagaan kulit
- Mandi setiap hari
- Keringkan semua bahagian badan dengan sempurna
- Merawat luka dan calar dengan segera
- Berjumpa doktor jika luka tidak sembuh selepas 2 - 3 hari.
- Penjagaan kaki
- Basuh kaki setiap hari
- Keringkan semua bahagian kaki dengan sempurna terutama antara celah-celah jari kaki
- Periksa kaki anda setiap hari untuk luka, calar, melecur atau apa-apa perubahan warna kulit.
- Potong kuku jari kaki secara lurus
- Tukar stokin anda setiap hari
- Jangan berjalan tanpa kasut
- Selalu pakai kasut yang lembut dan sesuai di guna luar rumah.
· Mengawasi diri sendiri
- Anda digalakkan untuk melakukan pengawasan glukosa dalam darah. sendiri. Kerap memeriksa tahap glukosa dalam darah boleh memberitahu keberkesanan cara anda mengawal diabetes
- Penjagaan gigi
- Kerap menjalani pemeriksaan mata
- Mengelakkan minuman keras
- Berhenti merokok
Diabetes boleh dicegah dengan mengamalkan gaya hidup sihat:
- Makan makanan berkhasiat dapat membantu mengawal tahap gula dalam darah, mengekalkan berat badan, mengawal paras kolesterol, mengurangkan tekanan darah tinggi dan mencegah penyakit jantung.
- Senaman dapat memperbaiki kecergasan, membakar kalori. Oleh itu dapat mengurangkan lemak dalam badan dan mengawal berat badan anda. Senaman merendahkan kadar gula dalam darah dan membantu tubuh anda untuk menggunakan gula dalam darah dengan baik.
- Kajian menunjukkan obesiti mempunyai hubungkait dengan diabetes. Kekalkan berat badan yang unggul
Subscribe to:
Posts (Atom)

