Nuffnang Ads

Saturday, 27 April 2013

Budak Dipukul Kerana Suka BN

pukul


ALOR SETAR : Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun cedera selepas dipukul oleh penyokong sebuah parti pembangkang gara-gara mengaku menyokong Barisan Nasional (BN) di Felda Teloi Timur, Baling pada Isnin lalu.
Ketika kejadian kira-kira pukul 9.37 malam itu, mangsa, Mohamad Ismadinel Ar. Samsudin berjalan pulang ke rumahnya selepas menunaikan solat Isyak di Masjid Felda Teloi Timur.
Apabila tiba di sebuah pondok parti pembangkang, dia ditahan sekumpulan lelaki bermotosikal lalu ditanya mengenai parti yang disukainya.
Mohamad Ismadinel yang menjawab bahawa dia menyokong BN terus dipukul dan disepak salah seorang lelaki itu sehingga terjatuh ke dalam parit.
Mangsa dilaporkan cedera di bahagian kaki dan kini demam ekoran kejadian itu.
Difahamkan, kumpulan lelaki tersebut merupakan sebahagian daripada peserta konvoi motosikal pembangkang sempena Pilihan Raya Umum ke-13.
Sementara itu, Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim ketika dihubungi berkata, mangsa tidak mengenali kumpulan lelaki terbabit dan polis masih menyiasat identiti mereka. – Kosmo

Mati Ditembak Dalam Kereta Perdana




SEREMBAN : Seorang lelaki mati selepas ditembak dua lelaki menunggang motosikal di Jalan Seremban-Tampin berhampiran Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 9.30 pagi itu, mangsa, N. Ragunathan, 39, yang memandu kereta Proton Perdana maut di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, sebelum kejadian, mangsa yang dalam perjalanan ke Seremban berhenti di tepi jalan berhampiran Ibu Pejabat JPJ negeri tetapi tidak diketahui tujuannya berhenti di situ.
Menurut beliau, kereta mangsa kemudian dihampiri dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal sebelum pembonceng motosikal itu melepaskan tiga das tembakan ke arah mangsa dari jarak dekat.
“Semasa terkena tembakan, mangsa yang cedera parah cuba memandu kereta untuk melarikan diri tetapi tidak sampai 40 meter kenderaan dipandunya terbabas ke tepi jalan. Mangsa kemudian ditemui mati di tempat kejadian,” kata beliau pada sidang akhbar di sini. – Kosmo

Remaja Dipanah Petir Di Baling Sempat Laungkan Azan


BALING – Seorang remaja cedera apabila dia dan lima rakannya disambar petir dalam kejadian di sebuah gua di kaki Gunung Pulai berdekatan Kampung Tok Bandar di sini petang Khamis.
Dalam kejadian pukul 4.30 petang di gua yang dikenali sebagai Gua Ular, Mohd Ashraf Yusof, 17, mengalami kecederaan di kepala sementara lima rakannya yang turut berada di situ kebas seluruh badan.
kilat
Ketika kejadian, enam remaja berkenaan berteduh di kawasan itu kerana hujan lebat dan petir. Lima daripada mereka termasuk Mohd Ashraf adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Abu Bakar di sini.
Lima lagi mangsa adalah Mohd Bukhari Ramli, 17, (bukan pelajar) Mohd Azri Ahmad, 17, Mohd Amin Azman, 15, dan Mohd Azam Md Nor, 16 serta adiknya Mohd Nizam, 13.
Mohd Bukhari berkata mereka duduk di atas tanah ketika disambar petir dan masing-masing kebas seluruh badan. “Salah seorang rakan kami melaungkan azan selepas petir kuat berlaku dan kami segera membantu Mohd Ashraf yang rebah dengan seluruh badannya mengeletar,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini Khamis.
Mohd Ashraf pengsan selepas kejadian itu. “Saya dan rakan lain berusaha membantu Mohd Ashraf dengan menarik badannya beberapa kali sebelum dia sedar,” kata Mohd Azri.
Mereka memapah Mohd Ashraf pulang ke rumahnya yang sejauh 500 meter sebelum penduduk kampung menghantar mereka untuk mendapatkan rawatan di Hospital Daerah Baling. – Bernama

Penyanyi 60-An, Azizah Mohamad Meninggal Dunia Akibat Kanser

                                                  


PETALING JAYA: Penyanyi kumpulan Orkes Nirwana, Datin Azizah Mohamad, 66, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dekat sini kira-kira pukul 11.26 malam, Jumaat.
Allahyarham meninggal dunia akibat kanser pangkal rahim tahap akhir yang dihidapinya sejak setahun lalu selain beberapa penyakit lain seperti darah tinggi dan kencing manis.
Beliau meninggal dunia di sisi suaminya, penyanyi irama pop yeh yeh, Datuk A. Rahman Hasaan dan ahli keluarga lain.
Anak kepada Allahyarham, pelakon dan pengarah, Khir Rahman yang dihubungi mStar Online berkata, semua ahli keluarga redha dengan kehilangan itu kerana pihak hospital telah memaklumkan keadaan ibunya yang tidak dapat diselamatkan lagi.
Jelas Khir, tiga hari sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhir, ibunya sudah tidak sedarkan diri.
“Selepas doktor memberitahu kami perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan semua ahli keluarga sentiasa bersamanya.
“Ibu seorang yang kuat dalam melawan penyakitnya sehingga ke saat yang terakhir dan Allahyarham pergi dengan tenang. Kami sekeluarga redha dengan pemergiannya,” kata Khir.
Dalam pada itu, jenazah akan dimandikan dan dikafankan di HKL sebelum dibawa pulang ke rumah di Keramat dekat sini untuk memberi peluang kepada kaum keluarga memberikan penghormatan terakhir.
Khir memberitahu jenazah akan disembahyangkan di Masjid Al Ansar Taman Keramat di sini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al Ansar selepas solat Zohor pada Sabtu.
Sebelum ini, mStar Online pernah melaporkan Azizah menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan selepas mengalami komplikasi beberapa penyakit dan jangkitan kuman dalam paru-paru.
Allahyarham yang aktif menyanyi sekitar tahun 60-an dan 70-an pernah popular dengan lagu seperti Syurga Idaman, Pergilah Kandaku dan Dikaulah Harapanku.- MSTAR


Linda Onn Umum Tarik Diri Dalam ABPBH

                                                Linda 2


PETALING JAYA: Selepas pelakon Adi Putera, penyampai radio Suria FM, Linda Onn juga akan mengikut jejak serupa iaitu enggan dicalonkan dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) kerana mahu menjaga hati peminat.
Linda atau nama sebenarnya Rozlinda Onn, 36, berkata, dia berasa bersalah terhadap para peminatnya yang melahirkan rasa kecewa ekoran kegagalannya merangkul trofi dalam kategori Penyampai Radio Wanita Popular walaupun mereka bertungkus lumus membuat undian.
“Saya bukan berkecil hati atau merajuk kerana kalah menang itu adalah perkara biasa dalam sesuatu pertandingan tetapi penarikan diri itu adalah semata-mata kerana peminat saya.
“Ramai yang datang kepada saya dan mengadu mereka kecewa kerana saya gagal memenangi kategori itu walaupun telah bersusah payah melakukan undian,” jelasnya kepada mStar Online.
Selain Datuk Siti Nurhaliza, baru-baru ini pelakon Adi Putra juga melahirkan hasrat sama untuk tidak lagi bertanding dalam ABPBH pada tahun hadapan. Adi bagaimanapun tidak akan menolak untuk dicalonkan pada tahun-tahun berikutnya.
Pada ABPBH 2012, kategori penyampai radio wanita popular di menangi oleh Fara Fauzana. Penyampai radio Hot FM itu memenanginya sejak 2007.
Dalam pada itu, Linda berkata, keputusannya itu juga dapat memberi laluan kepada muka-muka baru untuk dicalonkan dalam kategori tersebut pada masa hadapan.
Linda berkata, para peminatnya juga pasti akan memahami dengan penarikan dirinya itu dan tidak meragui sokongan mereka selama ini.
“Saya sudah puas dicalonkan dan menang dalam kategori itu dan tiba masanya laluan diberikan kepada wajah-wajah baru malah saya yakin peminat akan terus menyokong kerjaya saya walaupun tidak bertanding,” katanya.
Bagaimanapun Linda tidak menafikan, kegagalannya mempertahankan anugerah itu selama beberapa tahun sedikit sebanyak menjejaskan reputasinya sebagai penyampai radio.
“Apabila kerap dicalonkan dan tidak menang sedikit sebanyak reputasi saya turut terjejas. Jadi keputusan ini saya lihat adalah terbaik dan peminat juga kini lebih mementingkan kualiti daripada populariti,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Linda berkata, walaupun tidak mahu lagi bertanding dalam ABPBH, dia akan sentiasa menyokong anugerah tersebut pada masa hadapan jika diminta berbuat demikian.
“Keputusan ini bukan bererti saya enggan bekerjasama lagi dengan BH sebaliknya akan terus menyokong segala program yang akan diatur kelak.
“Jasa mereka sangat besar dalam karier saya dan ABPBH juga yang memperkenalkan anugerah untuk mengangkat penyampai radio di negara ini,” jelasnya.
Untuk rekod, Linda pernah menggondol trofi menerusi kategori berkenaan sebanyak enam kali berturut-turut sejak dicalonkan pada tahun 2001.

Hamil 3 Bulan, Tidak Halang Anne Ngasri Sertai Kempen Suami


Anne Ngasri dan Suami New
PETALING JAYA: Walaupun sedang hamil tiga bulan, pelakon Anne Ngasri tetap menemani suaminya, Setiausaha Kerja, Pergerakan Pemuda Umno, Mohd Sumali Reduan untuk berkempen dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Anne atau nama sebenarnya Nasriah Ngasri, 29, berkata, setiap Jumaat hingga Ahad dia dan suaminya akan ke Pontian, Johor untuk membantu calon di kawasan tersebut memperkukuhkan kempen bagi kemenangan Barisan Nasional (BN).
“Keadaan saya yang hamil tidak menghalang untuk saya menemani suami berkempen malah saya cukup bersemangat.
“Bagaimanapun bukan setiap hari saya keluar berkempen tetapi mengikut kesesuaian dalam keadaan berbadan dua. Namun peluang turun berkempen cukup menyeronokkan,” jelasnya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.
Dalam pada itu, Anne berkata, pengalaman pertama turun padang membantu calon PRU-13 bagi Parlimen Pontian iaitu Datuk Ahmad Maslan sangat berharga buatnya.
Jelas Anne, dia tidak berasa kekok menyertai aktiviti itu kerana dia sendiri adalah seorang ahli Umno.
Sementara itu, Anne berkata, selepas ini dia akan mengurangkan aktiviti seni sehingga dijangka bersalin pada September depan.
Kandungannya kali ini tidak mempunyai sebarang masalah dan pengalaman melahirkan tiga cahaya mata sebelum ini banyak membantu Anne mengawal situasi.
“Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan peluang ini saya akan gunakan untuk menghabiskan lebih banyak masa bersama keluarga dan Insya-Allah saya akan kembali aktif selepas bersalin kelak,” katanya.
Anne dan Sumali mendirikan rumah tangga buat kali kedua pada 22 Disember 2012.
Hasil perkahwinan terdahulu bersama bekas suami, Abdul Wafi Hassan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Abdul Warits, 5, Abdul Wafri, 4, dan Nazharah Afrozah yang kini berusia tiga tahun.
Sumali pula mempunyai seorang anak lelaki, Sufian Hakim, 8, hasil perkahwinan terdahulunya.

GAMBAR: Pendakwah Terkenal Indonesia, Ustaz Jeffery Al-Buchory Meninggal Dunia


Jumaat hari ini membawa khabar yang agak duka apabila ulama muda dan ustaz yang sangat popular di Indonesia, Ustad Jeffery Al-Buchory yang lebih dikenal dengan nama Ustad Uje meninggal dunia akibat kemalangan motosikal di bulatan Pondok Indah, Jakarta Selatan , lewat malam tadi.
ustaz jaffery
“Kecelakaan pemotor Kawasaki B 3590 SGQ di Jl Gedong Hijau 7 Pondok Indah, korban meninggal dunia atas nama Jefri Al Buchori,” menurut akaun rasmi Twitter Polis Metro Jaya TMC Indoensia.
Polis negara berkenaan juga memberikan pengesahan melalui telefon kepada media Indonesia.
Ustaz Uje menghembus nafas terakhirnya di Rumah Sakit Pondok Indah pukul 1 malam tadi.
ustaz jeffery motosikal
Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke Perum Bukit Mas, Jalan Narmada III, Rempoa, Bintaro, Tangerang Selatan.
Sementara itu, media negara jiran juga melaporkan tweet terakhir ustaz berkenaan pada 13 Mac lalu yang memberikan gambaran seolah-olah beliau tahu masanya untuk pergi sudah tiba.
“Pada akhirnya.. Semua akan menemukan yg namanya titik jenuh.. Dan pada saat itu.. Kembali adalah yg terbaik.. Kembali pada siapa..??? Kpd “DIA” pastinya.. Bismi_KA Allohumma ahya wa amuut..,” tulis Uje dalam akun twitternya @jefri_buchori.
Almarhum meninggalkan seorang isteri, Pipik Dian Irawati Popon dan tiga anak yakni Adiba Khanza Az-Zahra, Mohammad Abidzar Al-Ghifari, dan Ayla Azuhro.
1139157-rumah-uje-620X310
sss
164618_10151601787011535_683537308_n
Pemakaman Uje2
Pemakaman Uje3